HALAMAN SANTAI

Ahad, 8 Ogos 2021

PAS rakam penghargaan MP UMNO kekal sokong Muhyiddin, kerajaan


PAS tegas mendukung sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

PAS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen (MP) UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang kekal memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Satuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man percaya sebarang peletakan jawatan ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19 akan mengganggu proses Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen UMNO terhadap kerajaan PN ketika ini membuktikan bahawa mereka mengutamakan agenda mensejahterakan kehidupan rakyat, memerangi Covid-19, mencapai imuniti berkelompok serta menstabilkan politik dan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas langkah 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN, termasuk MCA dan MIC yang mengisytiharkan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Kerajaan PN dan Muhyiddin, semalam.

Mengulas lanjut beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata di dalam Kabinet Kerajaan PN sekarang ini terdapat sekurang-kurangnya tiga Ahli Parlimen UMNO yang sekarang ini menggalas tugas penting dan berat, termasuk memastikan PPN berjaya.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK); dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

Kita sedia maklum sekurang-kurangnya tiga Ahli Parlimen UMNI iaitu YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Timbalan Perdana Menteri), YB Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan YB Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) sedang menggalas tugasan penting dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Sekiranya berlaku peletakan jawatan, maka proses pemulihan negara akan terganggu,” katanya.

Justeru, katanya, PAS menyeru agar Ahli-ahli Parlimen lain turut bersama dan bersatu padu mendukung usaha PPN dan beranggapan bahawa situasi sekarang bukan masa untuk berpecah-belah.

Tiada ulasan: