Astro Awani
Hamidin
berkata, walaupun ada cadangan untuk meredakan situasi politik supaya
mengekalkan satu kerjasama, namun kepentingan parti dilihat mengatasi
segala-galanya.
KUALA LUMPUR:
Malaysia sukar untuk membentuk konsensus untuk mewujudkan kerajaan
sementara seperti Belgium dan New Zealand bagi meredakan perang politik
ketika mendepani pandemik.
Ini kerana,
penganalisis politik, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid berkata, walaupun
ada cadangan untuk meredakan situasi politik supaya mengekalkan satu
kerjasama, namun kepentingan parti dilihat mengatasi segala-galanya.
"Dalam
konteks inilah mengapa amat sukar bagi Malaysia untuk mengikut teladan
baik yang ditunjukkan oleh New Zealand dan Belgium," katanya ketika
dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas
lanjut, Hamidin berkata, parti-parti politik di kedua-dua negara itu
jelas mengetepikan perbezaan mereka dan memikirkan kelangsungan kerajaan
ketika berdepan dengan COVID-19.
"Tapi
untuk membolehkan perkara itu berlaku, perlu ada kematangan kepimpinan
politik dalam parti dan juga ahli-ahli politik," tambahnya lagi.
Menurutnya,
apa yang penting pada ketika ini adalah, parti politik seharusnya
memikirkan bagaimana perubahan yang berlaku ini tidak menganggu
perjalanan landskap negara, yang akhirnya dilihat memberi kesan besar
ketika negara berdepan dengan COVID-19.
Katanya, ia penting bagi memastikan inisiatif seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diteruskan.
"Jadi
seharusnya parti-parti politik duduk bersama-sama dan berbincang
bagaimana mereka boleh meringankan beban perubahan yang berlaku,"
ujarnya.
Belgium pernah melalui
pengalaman tidak memiliki kerajaan sebanyak dua kali akibat parti-parti
politik tidak dapat membentuk gabungan.
Dalam keadaan itu, seorang perdana menteri sementara ditugaskan untuk mentadbir negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan