HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 Ogos 2021

MKT UMNO mesyuarat malam ini putuskan nama calon PM

Siti Fatimah

Surat akuan perlu dihantar ke Istana Negara sebelum 4 petang esok

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan bermesyuarat malam ini, bagi memutuskan nama calon Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Istana Negara, esok.

Keputusan perlu dimuktamadkan susulan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan surat akuan perlu dihantar kepada Istana Negara sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos).

Memetik media tempatan, mesyuarat yang dijangka dihadiri semua 38 Ahli Parlimen UMNO itu bagi memilih hanya satu nama sebagai calon Perdana Menteri. Mesyuarat akan dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan  bermula jam 8 malam.

Kemudian, Zahid akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9.30 malam, di sebuah hotel di ibu negara.

Tiada ulasan: