HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Ogos 2021

Perdana Menteri kunjungi Abd Hadi

Baharom Bakar 

 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bergerak pulang selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya, Kampung Rusila. NSTP/Ghazali KoriPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bergerak pulang selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya, Kampung Rusila. NSTP/Ghazali Kori

MARANG: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Kampung Rusila, di sini, hari ini.

Muhyiddin tiba di kediaman Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, kira-kira jam 5 petang.

Ketibaan Muhyiddin disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Turut mengiringi Perdana Menteri, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Senator Datuk Razali Idris.

Sejurus tiba, kelihatan hanya Muhyiddin dan Hamzah serta Ahmad Samsuri memasuki kediaman Abd Hadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Muhyiddin, Hamzah dan Ahmad Samsuri, selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam.

Sebaik keluar dari rumah, Abdul Hadi dan Muhyiddin hanya sempat melambaikan tangan ke arah media sebelum menaiki kenderaan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), kira-kira jam 6.10 petang.

Tiada ulasan: