Bernama
Datuk
Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dalam keadaan negara
sekarang rakyat menaruh keyakinan terhadap kerajaan untuk mengatasi
kesan ekonomi berikutan pandemik COVID-19. - Gambar fail/Astro AWANI
SEBUYAU (Sarawak):
Parti politik yang cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
sebelum undi percaya terhadap Perdana Menteri dilakukan pada sidang
Parlimen September ini, tidak akan mendapat sokongan rakyat yang mahu
kerajaan menangani masalah COVID-19 yang kritikal sekarang.
Ahli
Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Wan
Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dalam keadaan negara sekarang rakyat
menaruh keyakinan terhadap kerajaan untuk mengatasi kesan ekonomi
berikutan pandemik itu.
Beliau
yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, tindakan
mereka bukan sahaja menjejaskan usaha kerajaan dalam menangani COVID-19,
malah menjejaskan kestabilan politik negara serta ekonomi yang hanya
merugikan rakyat.
"Jika
ada undi percaya pada September ini, sebaiknya adalah untuk pertahankan
kerajaan sekarang (PN) sehingga habis penggal, kemudian barulah
diadakan pilihan raya.
"Sarawak satu
contoh moral yang baik dari segi politik... tidak main politik banyak
sangat. Kita tangani masalah COVID-19 ini dulu. Jika tidak, dengan
sendirinya masalah ekonomi kita akan terjejas dan pembangunan akan jadi
lembap," katanya selepas merasmikan pembukaan cawangan baru Rakyat Xcess
dan Ar-Rahnu X'Change Bank Rakyat di sini, hari ini.
PBB
merupakan parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang turut
melibatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak
(PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), yang mengekalkan pendirian
mereka untuk terus menyokong kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu semasa
berucap di majlis itu, beliau berkata kementeriannya akan memastikan
rakyat di kawasan luar bandar mempunyai akses kepada perkhidmatan
kewangan, yang dilihat mampu memberikan pengalaman dan kemudahan lebih
baik kepada peniaga dan penduduk di sekitar.
Justeru
itu katanya, dengan pembukaan cawangan baharu Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu
X'Change ini, ia akan boleh di memanfaatkan 16,373 penduduk di daerah
kecil itu.
Di Sarawak, Bank Rakyat
mempunyai 14 Cawangan iaitu di Bintulu, Kapit, Kota Padawan, Kota
Samarahan, Limbang, Matang Jaya, Miri, Mukah, Permy Jaya, Sarikei,
Satok, Sibu, Simpang Tiga dan Sri Aman selain mempunyai dua buah lagi
cawangan Rakyat Xcess dan Ar- Rahnu X'Change di Betong dan Lundu.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan