HALAMAN SANTAI

Isnin, 16 Ogos 2021

Selepas UMNO cadang nama Ismail Sabri sebagai PM, PKR mula panik


Cikgu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PKR menolak cadangan UMNO untuk menamakan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang difahamkan sudah dipersetujui bakal dibawa sebagai calon Perdana Menteri (PM) yang baharu.

Penolakkan tersebut secara tidak langsung memberi isyarat PKR semakin panik selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan gagal menelefon anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaan terdapat kemungkinan ditipu dalam rundingan yang sedang berjalan ketika ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata parti tersebut membuat pendirian menolak pencalonan Ismail Sabri dengan menyifatkan Timbalan Perdana Menteri tersebut sebagai sebahagian dalam kerajaan gagal semasa menguruskan krisis kesihatan dihadapi negara ketika ini.

“Oleh sedemikan, sesiapa yang menyokong Ahli Parlimen seperti Datuk Ismail Sabri bermakna juga menyokong kegagalan Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia sesuatu yang janggal apabila Fahmi mengeluarkan kenyataan sedemikian ia memandangkan blok pembangkang sememangnya diketahui tidak akan menyokong calon Perikatan Nasional (PN), bukankah mereka yakin Anwar sudah memiliki majoriti.

Terdahulu, pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan partinya menawarkan nama wakil parti mereka, Ismail Sabri sebagai calon PM kepada PAS dan Bersatu untuk dipersetujui bersama.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan UMNO sedang berunding dengan PAS dan Bersatu untuk menamakan calon daripada parti tersebut sebagai PM, ia bagi mengelakkan blok pembangkang kembali berkuasa di Putrajaya.

Ahli Parlimen (MP) Padang Rengas itu mengesahkan menandatangani surat akuan bagi menyokong Ismail Sabri untuk mengambil alih jawatan PM.

“Kita tunggu dan lihat, saya sudah tandatangan akuan bersumpah untuk Ismail Sabri.

“Saya akan sokong apa-apa sahaja yang diputuskan oleh Ismail untuk kami ahli-ahli parlimen melakukan langkah seterusnya,” katanya lapor portal.

Menurut sumber, rundingan yang diketuai dua pemimpin dalam kem UMNO yang berbeza tersebut bagi memastikan nama Ketua Pembangkang, Anwar dan DAP tidak kembali menerajui kerajaan pusat.

Perkembangan terkini ini mungkin berlaku selepas Zahid kini tidak lagi menyokong Anwar, ia juga dapat disahkan dengan sumpah yang didedahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Anwar juga kini terpaksa merayu sokongan daripada Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal, ia menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengharapkan mereka dapat duduk di meja rundingan.

Tiada ulasan: