HALAMAN SANTAI

Isnin, 16 Ogos 2021

Semua Pengerusi UMNO Negeri sepakat gesa ahli bersatu, bersetia

4180da3c-26cf-45ee-bfba-93f34af4c736
Kenyataan bersama Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

KUALA LUMPUR – Semua 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sepakat menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti di peringkat bahagian dan cawangan untuk terus bersatu dan bersetia.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan kepada media hari ini, mereka mahu semua mendokong kepimpinan parti setiap masa.

“Perbincangan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri hari ini telah bersepakat untuk menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti di semua peringkat UMNO Cawangan dan Bahagian untuk terus bersatu, bersetia dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.

“Kita juga menggesa semua Ahli-ahli Parlimen dan kepimpinan parti mematuhi serta mempertahankan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukan dalam Perlembagaan UMNO,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden yang juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Ir. Hasni Mohamad (Johor), Datuk Saarani Mohamad (Perak), Datuk Seri Azlan Man (Perlis).

Tiada ulasan: