Faris Danial Razi
Anwar
menganggap tawaran setara dengan Menteri Kanan yang diberikan itu
adalah satu penghinaan terhadapanya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akui terkejut dengan
keputusan pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai
jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat yang dibuat oleh
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menganggap tawaran setara dengan Menteri Kanan yang diberikan itu adalah satu penghinaan terhadapanya.
“Saya
tidak langsung terfikir ini satu keputusan yang wajar dan munasabah.
Takkanlah ini ya, boleh dibuai (boleh termakan dengan tawaran tersebut).
“Saya
fikir ia adalah sangat mengaibkan, bagi saya ia satu penghinaan. Ada
orang kata tahniah sekarang macam Menteri Kanan, saya kata itu
penghinaan.
“Orang (rakyat) nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan nak cari nafkah untuk anak-anak isteri, begitu susah.
“Kamu
(Muhyiddin) pelawa Ketua Pembangkang RM40,000 hingga RM50,000 sebulan
tambahan (gaji Menteri Kanan) dengan segala status dan sebagainya,”
jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam satu siaran langsung di
Facebook pada malam Sabtu.
Anwar menegaskan, Muhyiddin telah tersalah pilih langkah dan kerana itu beliau secara menegas menolak tawaran itu.
“Malah saya.. orang Indonesia sebut sebagai kaget, saya terkejut sikit,” jelasnya.
Dalam pada itu, Anwar mendedahkan sifat berdendam dalam arena politik perlu dihentikan dan dimulakan dengan nafas baharu.
Jelasnya, ini kerana sifat dendam itulah yang menjadi punca pergelutan dalam politik itu masih berterusan sehingga hari ini.
“Masalah
kita dalam politik ini, dalam pergelutan ini kerana politik ini banyak
dendam kesumat. Maknanya, orang ini perintah, kamu jaga, aku akan tekan
kamu, kamu penjarakan aku, aku akan penjarakan kamu.
“Jadi
itu dendam kesumat inilah yang patut dihentikan. Maknanya pentadbiran
baru ini harus sedia menyatakan bahawa kita harus bermula babak-babak
baharu.
“Iaitu politik yang lebih waras dan politik yang tidak menggalakkan dasar tindakan berdasarkan dendam kesumat,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan