Irwan Muhammad Zain
Nazri
juga mengajak semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO agar melupakan sengketa
lalu dan bersatu dalam membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan
COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan 41 Ahli Parlimen
Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob disifatkan sangat tepat.
Ahli
Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketiika
berkata demikian mengajak semua Ahli Parlimen UMNO agar melupakan
sengketa lalu dan bersatu dalam membantu kerajaan Perikatan Nasional
(PN) melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Beliau merakamkan penghargaan kepada MT UMNO dan semua parti dalam PN yang bersetuju memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.
“Saya
ucapkan terima kasih kepada MT UMNO dan Ahli Parlimen BN kerana membuat
keputusan tepat memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.
“Kepada
rakan-rakan dalam Perikatan Nasional juga saya ucapkan terima kasih
kerana turut menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri
kesembilan.
“Kini masa untuk semua ahli
parlimen UMNO melupakan sengketa lalu dan kembali bersatu demi
memastikan usaha kerajaan melawan COVID-19 dan membantu memulihkan
ekonomi negara dan rakyat berjaya,” katanya kepada Astro AWANI.
Nazri
berkata tidak ada sebab untuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk tidak
bersama dengan kerajaan PN kerana pemilihan Ismail Sabri membolehkan
UMNO kembali menerajui kerajaan bersama rakan-rakan dalam PN.
Beliau
menegaskan, semua usaha seharusnya ditumpukan kepada membantu rakyat
yang sememangnya menjadi fokus utama UMNO selama ini.
“Dengan pemilihan Ismail Sabri ini, UMNO kembali menerajui kerajaan dengan disokong oleh rakan-rakan dalam PN.
“Kita (Ahli Parlimen UMNO) perlu buktikan kepada rakyat bahawa kita adalah parti yang mengutamakan rakyat.
“Tidak perlu lagi kita bertelagah dan fokus kepada usaha lawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya lagi.
Jawatan
Perdana Menteri kosong ekoran Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan
jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Difahamkan Ismail Sabri memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen PN dan BN bagi mengisi jawatan perdana menteri.
Terdapat
dakwaan mengatakan hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah yang tidak menyokong pencalonan Ismail Sabri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan