Afiezy Azaman
Tan
Sri Annuar Musa mendakwa seorang calon daripada Barisan Nasional (BN)
telah mendapat sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik
sebagai Perdana Menteri ke-9. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Tan Sri Annuar Musa mendakwa seorang calon daripada Barisan Nasional
(BN) telah mendapat sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik
sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Dakwanya,
BN mempunyai 42 Ahli Parlimen dan bagi membolehkan calon BN dipilih,
individu itu memerlukan sekurang-kurangnya 69 lagi sokongan daripada
parti-parti lain menjadikan sekurang-kurangnya 111 daripada 220 Ahli
Parlimen.
“Realiti
politik hari ini memerlukan muafakat bukan pertelingkahan yang
berterusan. Alhamdulillah sebentar tadi selesai perbincangan dengan
Ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil parti sahabat yang lain untuk mohon
menyokong seorang calon BN.
“Kami
terharu kerana sejumlah yang lebih daripada 69 kerusi yang diperlukan
telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada
seorang calon daripada BN,” katanya di laman Facebook, pada Selasa.
Walaupun
Ahli Parlimen Ketereh itu tidak mendedahkan individu yang dicalonkan
tersebut, namun tumpuan terarah kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan
Nasional (PN) dan mendapat sokongan daripada gabungan tersebut.
“Kami Ahli Parlimen BN akan bertemu Pengerusi BN malam ini untuk sama-sama berbincang perkembangan yang baik ini.
“Saya
sendiri sudah menghubungi Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)
untuk satu panduan dan kata sepakat, mengambil kira perkembangan
terkini serta surat notis Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini,” ujar
bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Kesemua
Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan
mesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Perdana Menteri untuk
diserahkan kepada Istana Negara sebelum jam 4 petang esok.
Terdahulu,
satu surat dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun
meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akaun bersumpah menamakan
seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan