HALAMAN SANTAI

Rabu, 11 Ogos 2021

Veteran DAP gesa UMNO, PH berhenti cetus polemik politik


Veteran DAP Dr Tan Seng Giaw nasihat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajar rakyat Malaysia daripada kaum dan agama lain keutamaan mereka sempena Maal Hijrah.

Pemimpin veteran DAP yang juga bekas Ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal, Dr Tan Seng Giaw menggesa blok pembangkang dan sekutu mereka daripada kumpulan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berhenti daripada berebut kuasa pemerintahan negara.

Sebaliknya beliau berkata kedua-dua pihak sepatutnya memfokuskan kepada usaha memerangi Covid-19 dan masalah dihadapi rakyat sekarang ini kesan daripada pandemik itu.

Sempena sambutan Maal Hijrah, beliau berkata umat Islam sepatutnya mengajar rakyat Malaysia daripada kaum dan agama lain untuk mengenal pasti keutamaan mereka.

Memetik laporan MalaysiaNow beliau berkata:

“Awal Muharram mengajak kita untuk berbuat baik. Jadi lakukanlah perkara paling penting dulu, kesihatan rakyat.

“Soal perang dan berbalah parti ini, siapa nak jadi kerajaan, siapa nak jadi itu, siapa nak jadi ini, hentikanlah dulu.”

Seluruh dunia berdepan masalah Covid-10, katanya yang memberi contoh Amerika Syarikat sebuah negara maju turut terkesan dengan teruk akibat pandemik itu berbanding Malaysia.

“Soal siapa nak jadi kerajaan, perang-perang politik hentikanlah dulu. Fikir dan cari jalan macam mana nak selesai masalah kesihatan rakyat akibat penularan Covid-19,” katanya.

Tan Seng Giaw seorang doktor perubatan adalah antara bekas pemimpin DAP yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen dan pada masa sama menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Beliau adalah antara tokoh masyarakat Cina yang bukan sahaja fasih berbahasa Melayu sama seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, malah malah bekas wakil rakyat DAP itu juga pakar dalam tulisan khat Jawi.

Ulasan beliau hari ini hadir tatkala UMNO dan blok pembangkang terus berusaha menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terbaharu kumpulan UMNO yang dipimpin bekas presidennya, Zahid mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa 14 Ahli Parlimen parti itu tidak menyokong Muhyiddin.

Ini diikuti PH yang juga mengutus surat kepada Agong setelah blok pembangkang itu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen lain yang menentang kerajaan Muhyiddin, untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Anwar hanya mendapat sokongan PH, tetapi tidak memperoleh sokongan kumpulan Zahid dan Datuk Seri Najib Razak, serta parti-parti lain.

Tiada ulasan: