HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Ogos 2021

Zahid, MT UMNO buka peluang kepada DAP kembali berkuasa


DAP akan berpeluang mentadbir semula negara akibat perbuatan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang membawa parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hari ini.

Keghairahan UMNO, terutama Majlis Tertinggi (MT) diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menumbangkan kerajaan Perkatan Nasional (PN) akan membuka peluang kepada parti cauvinis DAP menguasai politik tanah air.

Keadaan ini sekali gus akan menggugat kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam, namun beberapa pemimpin UMNO yang rakus untuk merampas kuasa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin – terutama kluster mahkamah yang tidak mendapat ‘pertolongan’ untuk dibebaskan daripada tuduhan jenayah – tidak mempedulikannya.

Sebaliknya Zahid dan konco-konconya terus bermain dengan politik sambil mempergunakan kenyataan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan PN menderhaka.

Untuk rekod, DAP mendominasi 42 kerusi Parlimen, UMNO (39), PKR (38), Bersatu (31), PAS (18), PBB (13), AMANAH (11) dan Warisan (lapan kerusi).

Gabungan DAP bersama PKR dan AMANAH dalam Pakatan Harapan (PH) menjadikan jumlah 91 kerusi, sekali gus menjadikan DAP akan menguasai Parlimen.

Dalam perkembangan terbaharu hari ini, tindakan Zahid yang mendakwa mempunyai angka mencukupi untuk menumbangkan kerajaan PN, sama seperti yang dilakukan ketika menumbangkan kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Bersatu pada Disember 2020 lalu.

Kemelut politik Perak tercetus selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul keyakinan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Susulan itu, Zahid merancang mengadakan jajaran baharu bersama DAP bagi membentuk kerajaan Perak yang baharu.

Namun atas kesedaran kepimpinan Bersatu peringkat Pusat dan negeri yang tidak mahu DAP menjadi kerajaan, tampuk pentadbiran Perak diserahkan kepada UMNO.

Zahid perlu ingat bahawa jika DAP kembali berkuasa, mereka tidak akan memberi peluang lagi kepada UMNO.

Selain itu, rakyat juga sedang memerhati adakah jika kerajaan PN tumbang dan kerajaan baharu mengambil alih Putrajaya, maka kes-kes jenayah yang sedang dihadapi Zahid, Najib Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain, membabitkan berbilion ringgit wang rakyat, akan ditarik balik.

Tiada ulasan: