HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 April 2008

Bina blog untuk jadi Ketua Pemuda UMNO?
jebat2020


SEMAKIN celaru dibuatnya UMNO bila sistem kuota dihapuskan bagi membenarkan pertandingan merebut jawatan di dalam Parti Orang Melayu (UMNO) yang sudah semakin tidak releven masa ini. Nama pun untuk merebut jawatan, nampak sangat orang UMNO ni kemaruk dengan jawatan .

Orang yang nak merebut jawatan biasanya tidak ikhlas dalam perjuangan. Ada unsur-unsur kepentingan diri. Tetapi jika mereka dicalonkan oleh perwakilan tanpa 'melobi' mana-mana pihak supaya mencalonkan dirinya, inilah yang dinamakan pemimpin yang ikhlas.

Bagaimana pula situasi bekas pemimpin tertinggi Selangor yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Dulu sewaktu ingin merebut jawatan sebagai Majlis Tertinggi UMNO (MT) , beliau telah mendapat banyak pencalonan dari UMNO negeri Kelantan.

Sebagai habuannya, bekas MB ini terpaksa memberi projek bernilai RM2.75 juta secara rundingan terus. Begitu juga sewaktu beliau merebut jawatan Pengerusi Majlis Belia Malaysia. Satu Malaya tahu, beliau terpaksa memberi tanah milik kerajaan kepada Dato Suhaimi sebagai ganti untuk melepaskan jawatan tersebut ketika itu.

Semua orang tahu, dalam DUNIA UMNO , jika tidak melobi masakan dapat jawatan atau pencalonan. Memang itu sudah menjadi budaya UMNO(Cuba dapatkan buku Keranda UMNO) terbitan salah seorang pemimpin UMNO bergelar Dato di pasaran. Buku ini sudah cukup mendedahkan 'kebejatan' orang-orang UMNO yang mengaku diri mereka beragama Islam tetapi jauh sekali mengamalkan apa yang Islam ajar dalam kehidupan.

Jika ini wajah orang yang bakal menjadi pemimpin, nescaya Malaysia boleh tergadai. Setelah Selangor kehilangan banyak tanah akibat kerakusan merebut jawatan tertinggi dan membayar dengan harta milik rakyat Selangor. Usaha beliau menulis blog juga ada kaitan dengan usaha memperkenalkan diri dalam dunia maya, supaya orang kenal yang beliau juga tidak buta IT dan mampu berhadapan dengan blogger-blogger yang telah berjaya menyumbangkan kemenangan dalam PRU12 yang lalu.

Fikirkanlah wahai orang melayu, jangan pilih orang-orang sebegini. Dia sudah kaya raya, tiada perjuangan atas nama bangsa apatah lagi perjuangan menegakkan agama. Yang ada baginya,bagaimana harus menambah kekayaan dan menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan peribadi.
"

Tiada ulasan: