MCA juga bergolak - 30% ahli akan keluar parti sekira Ong tidak meletakkan jawatan
Wartawan Buletin Online
Kuala Terengganu – sebanyak 30 peratus ahli aktif MCA akan meninggalkan parti tersebut sekiranya Ong Ka Ting tidak meletakkan jawatan sebagai Presiden.
Demikian dinyatakan oleh Datuk Theng Book, Ketua Jabatan Penasihat Undang-undang MCA, selepas bergabung dengan empat pemimpin lain MCA yang mendesak Ong meletakkan jawatan.
Beliau berkata masalah dalaman tersebut akan menyebabkan ramai ahli marah dan ‘lompat’ kepada parti lain.
Kempen ‘Selamatkan MCA’ yang bermula di Selangor adalah sebahagian dari ‘road show’ keseluruh negara bertujuan mendesak Ong untuk berundur.
”Sehingga Ong letak jawatan, kami akan berhenti. Kami bukan gila kuasa atau memburu jawatan dalam kerajaan,” kata Theng Book, yang juga Pengerusi Pemuda MCA Puchong
Bekas ahli parlimen Lumut, Datuk Yap Tit Thong yang mengetuai Jawatankuasa Penaja ‘Selamatkan MCA’ berkata, Ong mesti bertanggungjawab terhadap kekalahan MCA kerana Ong memutuskan sendiri calon-calon pilihanraya MCA tanpa merujuk kepada ahli-ahli parti yang lain.
Yap yang juga Timbalan Pengerusi Ipoh Timur, mendesak Pngerusi MCA Perak, Datuk Ong Ka Chuan untuk bertanggungjawab atas kekalahan MCA di Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan