Peralihan kuasa: Timbang dan laksana secepat mungkin, Mubarak
KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berkata isu peralihan kuasa pucuk pimpinan negara wajar diberi pertimbangan dan dilaksanakan secepat mungkin bagi meredakan perasaan dan mengembalikan keyakinan rakyat.
Presidennya Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang berkata berdasarkan keadaan semasa, perkara itu sewajarnya diselesaikan segera.
Ditanya sama ada ia tidak terlalu lewat untuk melaksanakan peralihan kuasa selepas Disember, Abu Zahar berkata ia terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin itu.
"Tindakan segera (perlu)untuk memulihkan keyakinan rakyat dan orang Umno dan ini perlu dilakukan sertamerta, itu tidak boleh lari," katanya mengulas pertemuan ringkas dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Wilayah Persekutuan, dekat sini, hari ini.
Abdullah yang sebelum itu merasmikan Multaqa Imam-Imam Masjid seluruh negara meluangkan masa kirakira setengah jam untuk bertemu anggota Mubarak dan Persatuan Veteran Umno Malaysia.
Perdana Menteri sebelum ini menyuarakan mahu peralihan kuasa berlaku dengan licin kerana ia penting bagi memastikan parti sentiasa berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, Perdana Menteri belum menentukan bila akan melaksanakan peralihan kuasa itu tetapi mengakui akan mengadakan perbincangan dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pemilihan Umno Disember ini.
Mengenai keputusan Abdullah untuk terus bertanding mempertahankan kerusi Presiden parti pada pemilihan parti Disember depan, Abu Zahar berkata Abdullah berhak berbuat demikian sebagai anggota Umno.
Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Umno Tan Sri Tajuddin Ali berkata pada pertemuan itu beliau menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak menyentuh isuisu berhubung peralihan kuasa tetapi menyampaikan pandangan bahawa Abdullah tidak perlu merasa terancam dengan desakan manamana pihak supaya beliau meletak jawatan.
"Saya beritahu beliau kenapa beliau mahu meletak jawatan. Beliau mendapat mandat penuh, beliau mesti bertegas dan tidak boleh goyah dengan sesiapa," katanya.
Beliau juga menyifatkan individu yang mendesak Abdullah agar meletakkan jawatan berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum barubaru ini sebagai "orang yang tidak mengenang budi'.
Sepanjang penubuhannya, katanya Umno sememangnya telah mengalami pelbagai gangguan, termasuk peristiwa 13 Mei 1969, tetapi sebagai anggota parti yang setia, 'ubat' sentiasa dicari untuk mengubati gangguan itu. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan