HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Mei 2008

Antara Karpal dan Mat Taib – Siapa lebih derhaka ?
alhusseyn


Bendahara Tun Perak sangat setia kepada Sultan Melaka.Hal ini terbukti apabila Tun Perak tidak menuntut bela apabila anaknya Tun Besar dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad.

Kata Bendahara Tun Perak, “ Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka, tetapi akan kita bertuankan seorang ini, janganlah.”

Bendahara Tun Perak hanya meminta supaya Sultan Mansor Shah tidak melantik Raja Muhammad menjadi pengganti sultan.Raja Muhammad kemudiannya dihantar ke Pahang dan menjadi raja di sana. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam negeri serta mengekalkan kesetiaan rakyat Melaka.

Itu adalah petikan dari buku sejarah anak saya yang di Tingkatan 1 di muka surat 84.

Apa yang menarik dalam peristiwa yang telah menjadi lipatan sejarah itu ialah tentang sikap kesetiaan Tun Perak terhadap Sultannya, Sultan Mansor Shah.

Tun Perak tidak menuntut ‘darah ditebus dengan darah’ walaupun dari segi hak keadilan sejagat , beliau mempunyai hak untuk berbuat demikian.Akan tetapi Islam membolehkan beliau, sebagai wali kepada yang kena bunuh; memaafkan pesalah tersebut.maka itulah yang telah menjadi pilihan Tun Perak.

Tun Perak yang amat setia kepada Sultan Mansor Shah, hanya meminta supaya dirinya, yakni Tun Perak tidak bertuankan Raja Muhammad. Adakah permintaan Tun Perak tersebut dianggap derhaka kepada Baginda?

Jelas bahawa Tun Perak telah menuntut hak keadilan bagi dirinya.Permintaan Tun Perak tersebut merupakan imbal balas terhadap ‘kemaafan’ yang diberikannya terhadap kesalahan Raja Muhammad yang seharusnya ‘darah dibalas dengan darah’.

Bukan hanya Tun Perak kasih kepada anaknya yang kena bunuh itu, Sultan Mansor pun amat kasih kepada Raja Muhammad , pewaris tahta Baginda di Melaka. Namun walau sebesar mana kasih Baginda terhadap anakandanya itu, Baginda perlu lebih kasih dan memihak kepada keadilan ; maka dititahkanlah Raja Muhammad , putera kesayangan baginda itu pergi ke Pahang dan dinobatkan sebagai Raja di sana.

Ya, tatkala itu, dizaman purba , Sultan berkuasa segalanya.Segala titah Sultan tidak boleh disanggah.Al-Sultan boleh menitahkan Tun Perak ditukarkan ke Pahang apabila beliau sudah tidak sudi bertuankan Raja Muhammad pewaris Kesultanan Melaka selepas Baginda.Al-Sultan boleh menghukum bunuh terhadap Tun Perak kerana boleh dianggap derhaka kerana berani ‘buka mulut’ supaya Raja Ahmad tidak menjadi seorang Raja di Melaka. Beserta dengan hukuman itu , anak isteri Tun Perak semuanya boleh dibunuh.
Rumahnya boleh di bakar dan harta bendanya dirampas.Malahan tanah tapak rumahnya akan di bongkar. Semuanya nampak adil dan saksama ketika itu.

Akan tetapi, Baginda Sultan Mansor Shah bijak dan adil saksama orangnya.Baginda tidak mengambil tindakan gila sebagaimana ‘bersultan di mata, beraja di hati’.Baginda bertindak bijak dengan menukarkan puteranya lantaran sudah tidak digemari rakyatnya, walau pun keputusan tersebut amat berat sekali.

Tapi kita hari ini bagaimana? Tidak bolehkah Karpal membuka mulutnya keapada Sultan yang berpelembagaan?

Adakah Karpal biadap dan derhaka kepada Sultan Perak apabila Karpal membuat komen dari sudut undang-undang ?

Kalau diajukan soalan demikian kepada orang Umno, tiada pilihan lain bagi mereka selain menjawap ‘ya’ dan seterusnya melenting dan menjerit bagai disampuk jembalang menuntut supaya Karpal dihukum; hingga ada yang mencadangkan supaya di ai-es-ea-kan (ISA lah!).

Karpal , tidak dinafikan adalah seorang peguam yang mahir dalam perundangan.Begitu juga al-Sultan Perak , seorang bekas Ketua Hakim Negara suatu masa dahulu. Kedua-duanya mempunyai latar belakang perundangan yang mengkagumkan dan sangat dihormati.

Apa benarkah Karpal tidak memahami Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri ? Akan tetapi Najib , Ali Rustam , Hishamuddin dan yang sewaktu dengannya lebih memahami perundangan ? Siapa tikus yang cuba membaiki labu di sin?

Umno yang pernah melondehkan seluar dalam Institusi Raja Berpelembagaan k ini cuba menjadi hero yang kononnya mahu mempertahankan institusi Raja.

Hairan juga apabila kerajaan baru BN dibawah Abdullah Badawi ini boleh mengangkat semula derjat Mat Taib yang pernah mengusung Tengku Yah, puteri Almarhum Sultan Selangor dahulu – lari bernikah ke Siam! Mana lebih derhaka, antara Karpal dan Mat Taib ? Kalaulah nak dibandingkan tahap kederhakaan Mat Taib dengan Karpal …..Umno seolah-olah menerima dan mengiktiraf peranan Mat Taib dalam 'sumbang laku'nya mencemar Istana Selangor dan Institusi Agong ketika itu!

Umno hanya mahu memperalatkan institusi Raja untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Tiada ulasan: