Selamatkan Sabah sekarang sebelum terlambat
pinkturtle2.wordpress.com
Semua Fellow Malaysians,
Singapura dapat PULAU, Malaysia dapat BATU, adohai Pak Lah sungguh malu tambah sedih. Apa sudah jadi kepada pemimpim pemimpim kita yang tergadai tanah air Malaysia di tangan negara kecil seperti Singapura.
Semacam Harimau Malaysia sudah hilang taring kepada Singa”pura”. Padahal rakyat Malaysia faham Singapura pasti menang di ICJ sebab kelemahan kerajaan BN menjaga semua pulau pulau diseluruh Malaysia, Sabah dan Sawarak. Oleh itu Singapura mengambil kesempatan tolong menjaga Pulau Batu Puteh yang langsung kerajaan Malaysia tidak ambil perhatian selama 100 tahun ini.
Adohai, Pak Rais Yatim bilang Malaysia dapat BATU Tengah (Middle Rocks) dalam kedudukan “WIN WIN” untuk “console” sendiri dari muka malu serta kemarahan rakyat terhadap beliau yang kalah ditangan peguam peguam handal dari Singapura. Patut Pak Rais mesti bertanggung jawab berat atas kehilangan Pulau Batu Puteh dimana beliau bilang Malaysia pasti menang sebelum ini yang amat mengelirukan Raja-raja Melayu dan rakyat Malaysia.
Syabas kepada kerajaan Singapura yang sungguh bersih, cekap dan amanah yang dihormati oleh ICJ. Ini pasal kata pepatah Melayu, “lembu punya susu, sapi dapat nama”.
Rakyat Malaysia menyokong Saudara YB Lim Kit Siang menyoal pasal pendatang tanpa izin (illegal immigrants) yang sangat banyak melebihi penduduk penduduk tempatan Sabah.
Oleh itu, Projek IC yang dilancarkan oleh kerajaan Sabah agak lemah. Oleh itu, rakyat Malaysia termasuk Sabah amat risau bahawa negeri Sabah kita tergadai di tangan penduduk penduduk perlarian tanpa izin yang berjuta juta kini di Sabah.
Apakah kerajaan Malaysia masih tidur nyenyak tidak risau pasal kedudukan keselamatan dan kehormanian rakyat Sabah kini. Lambat laun, rakyat Malaysia bimbang negara Indonesia atau Filipina akan pergi ICJ supaya Sabah dituntut oleh rakyat tanpa izin di kedua dua negara tersebut. Mana tahu, penduduk penduduk tempatan Sabah akan hilang di bumi Sabah dan tanah Sabah akan tergadai pulak.
Rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat dan PBS supaya menyuarakan di Parliamen untuk penubuhan Royal Commissions oleh Yang DiPertuan Agong bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu isu pendatang tanpa izin dari Indonesia dan Filipina di Sabah serta menjaga kedaulatan dan kewibawaan negeri Sabah dan negara Malaysia.
Rakyat Malaysia tidak kira kaum, ugama, fahaman politk dan social patut bersuara kuat dalam isu isu ini supaya kerajaan BN masih tidak sedar genting genting bahaya nya kedudukan social di Sabah kini kalau tidak diambil perhatian serius oleh semua MP di Parliamen. Bukan saja kita bilang hak-hak Bumiputra dan hak hak bukan Melayu di Sabah hilang di tangan pendatang tanpa izin di masa akan datang kalau kerajaan Malaysia masih tidur nyenyak selama 50 tahun dan akan tidur selama 50 tahun lagi.
Jangan pulak, Orang tanpa izin dapat tanah Sabah, Orang tempatan dapat sejarah Sabah, Negeri Sabah kita tergadai tak lama lagi.
Selamatkan Sabah sekarang sebelum terlambat. Insyaallah !
Dari Rakyat Malaysia, Sabah, Sawarak dan
Anak Bangsa Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan