HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Mei 2008

'Pilih kasih', 'Orang Tingkat 4' punca BN tewas - Dr Afifuddin
Izwan Abdul Halim


ALOR STAR (Hrkh) - Budaya pilih kasih dan faktor 'Tingkat 4' menjadi penyebab Barisan Nasional tewas di Kedah pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Demikian menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Dato' Dr. Afifuddin Omar dalam ucapan aluannya pada Majlis Ramah Mesra bersama Tengku Razaleigh Hamzah anjuran Pertubuhan Perpaduan Melayu di Hotel Sentosa Regency baru-baru ini.

Tegasnya, budaya itu jelas dilihat apabila kepimpinan yang ada sekarang mengekalkan 'orang-orang yang kalah' untuk memimpin malah melantik orang-orang yang tidak layak.

"Dulu saya tak percaya bila Tun Dr. Mahathir sebut mengenai 'orang-orang di Tingkat Empat' sehinggalah pilihan raya baru-baru ini baru saya percaya," ujarnya.

"Apa dia dok ambik orang nu, ambil orang ni yang kita tak kenai, mai bubuh kat sini.
Inilah budaya yang menyebabkan Umno kalah, mereka hanya pilih orang-orang mereka sahaja," tambahnya lagi.

Menurutnya lagi pemimpin-pemimpin Umno Bahagian tidak pernah diambil pandangan mereka berhubung perkara tersebut. - mks.

Tiada ulasan: