HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Mei 2008

Isteri tahanan ISA buat laporan polis dakwa suami didera


KUALA LUMPUR: Isteri seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan suaminya tidak dijaga dengan rapi sehingga lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

U. Sharmila, 24, isteri K.Sanjeev Kumar, 25, mendakwa sebelum suaminya ditahan di bawah ISA selama dua tahun, suaminya ditahan reman selama 60 hari sejak 22 Sept tahun lepas, dan suaminya didera dengan teruk hingga kaki dan tangan kirinya lumpuh.

Beliau membuat laporan polis terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kem Perlindungan Tahanan Kemunting, Taiping di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 11 pagi.

Ini adalah laporan polis kedua yang dibuatnya dalam tempoh sebulan selepas mendakwa polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporan pertamanya bulan lepas di Balai Polis Taiping.

Beliau berkata hanya pada April lepas beliau dimaklumkan mengenai keadaan suaminya oleh pihak kem apabila suaminya mendapat rawatan di Hospital Taiping. BERNAMA

Tiada ulasan: