HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Mei 2008

Adun Triang saran Adun Tanah Rata sertai KeADILan
Basiron Abdul Wahab


KUANTAN (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (Adun) Triang (DAP), Leong Ngah-Ngah mempelawa Adun Tanah Rata, Ho Yip Kap (Bebas) supaya menyertai Parti KeAdilan Rakyat.

Katanya di dalam Dewan, hanya KeAdilan sahaja tidak ada wakil dan eloklah sekiranya Adun Tanah Rata menyertai KeAdILan.

"Dalam Dewan ini hanya KeAdilan sahaja tiada wakil, eloklah jika Tanah Rata menyertai KeAdilan," katanya.

Pelawaan Adun Triang itu dijawab Adun Tanah Rata dengan berkata dia tidak berhasrat menyertai KeAdilan kerana lebih berminat untuk menyertai MCA. Ketika ditanya mengapa tidak berminat menyertai KeAdilan, beliau berkata pengundinya adalah orang MCA dan beliau menghormati pengundinya. Difahamkan Ho Yip Kap telah beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk menyartai MCA tetapi tidak mendapat layanan.

Sementara itu Ho yang juga bekas guru besar berkata, beliau komited memperjuangkan nasib pengundinya yang kebanyakanya adalah petani di Cameron Highlands.

Beliau merayu kerajaan meluluskan tanah kepada petani yang sejak puluhan lalu mengusahakan tanah kerajaan secara mmebayar TOL.

Katanya kerajaan telah menaikan bayaran TOL daripada RM300 kepada RM1000 dan ia membebankan petani.

Ho berharap kerajaan mengkaji semula kadar dan menurunkan bayaran TOL bagi memberi keselesaan kepada petani meneruskan kehidupanya sebagai petani di kawasan jelapang sayuran negara itu.

"Jika harga TOL terus meningkat mereka mungkin terpaksa gulung tikar dan mencari pekerjaan lain kerana kos pertanian yang meningkat," ujarnya. Sementara itu, Dewan diberitahu sebanyak RM3.5 juta telah diperuntukan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) bagi pembinaan Masjid Taman Temerloh Jaya, di Temerloh.

Pada 2008 sebelum pilihan raya baru-baru ini, sebanyak RM1 juta dengan tamabahan RM700,000 telah diterima daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan itu.

Itu adalah jawapan yang diberi kerajaan terhadap soalan Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Mohamad (PAS).

Bagaimanapun kepada satu lagi soalan Adun sama dewan diberitahu Masjid Daerah Temrloh masih pada peringkat perancangan untuk mengenal pasti tapak sesuai oleh Jababatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Adun Kerdau (BN), Zaharuddin Abu Kasim dalam ucapanya memuji Adun Pakatan Rakyat kerana menceriakan dewan.

Katanya Adun Pakatan Rakyat mempunyai matlamat sama dengan Adun BN untuk memajukan kawasan masing-masing.

"Mereka tidak pula menikam sana menikam sini atau menikap dari belakang justeru raikanlah mereka," katanya.

Zaharuddin mencadangkan kerajaan negeri membatalkan cadangan untuk membekalkan air ke Selangor sebagai mengikuti jejak yang di buat oleh Kementerian Pelancongan baru-baru ini.

Sementara itu Adun Tahan (BN), Dato' Wan Amizan Wab Abdul Razak kesal kerana pembinaan jalan raya ke Hulu Tembeling tidak dimasukkan ke dalam RMk9.

Katanya dahulu projer berkenaan telah diluluskan tetapi kini ia tidak dimasukkan kedalam RMK9.- mns

Tiada ulasan: