HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Mei 2008

Karpal buat laporan polis berhubung kenyataan Dr M mengenai hakim melobi jawatan


PULAU PINANG: Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ada hakim yang melobi kepadanya untuk pelbagai jawatan kerana perbuatan itu melanggar undang-undang.

"Tun sendiri boleh dikenakan tindakan undangundang menurut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana tidak membuat laporan polis atas tindakan hakim yang melobi beliau untuk jawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini.

Pada 17 Mei lepas Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa semasa menerajui kerajaan, memang ada hakimhakim yang melobi untuk pelbagai jawatan, namun beliau tidak dipengaruhi oleh sesiapa dalam pelantikan hakim-hakim itu. BERNAMA

Tiada ulasan: