HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Mei 2008

Kecewa pada pimpinan BN, 120 orang India sertai Kelab Penyokong PAS
Mohd Sabri Said


NIBUNG TEBAL (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibung Tebal terus parah apabila 120 orang keturunan India beralih angin menyertai Kelab Penyokong PAS kata, Setiausaha PAS Cawangan Changkat,Aziz Ramli.

Ujarnya lagi, kemelut dalaman BN dan MIC membuatkan mereka yang tinggal di tiga kawasan estet bertindak demikian kerana kecewa terhadap lakonan yang disengaja dimainkan oleh kepimpinan atasan semata-mata untuk kepentingan kroni sahaja.

Kata beliau, PAS Cawangan Changkat berbesar hati apabila sekumpulan masyarakat India sudi bertemu sekaligus meminta borang untuk menjadi ahli kelab.

"Melihatkan perkembangan yang membanggakan itu, satu majlis penyerahan borang telah diatur untuk mereka bertemu pemimpin kita. Mereka bertekad mencari lebih ramai lagi ahli untuk memastikan Pakatan Rakyat terus menang di parlimen dan Dun Sungai Bakap serta merampas Dun Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 nanti, " terangnya di sini baru-baru ini.

Menurut Aziz, majlis penyerahan borang keahlian Kelab Penyokong PAS itu disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Nibung Tebal, Haji Ismail Salleh.

Turut menyaksikan majlis itu ialah Naib YDP Abdul Rahman Ramjan; Adun Jawi, Tan Beng Huat dan Adun Titi Serong, Perak, Dr Khalil Idham Lim Abdullah.

Sementara itu Ketua kumpulan masyarakat India, Phonanvirappan menjelaskan, kemasukan beramai-ramai ke Kelab Penyokong PAS menandakan satu sumbangan terhadap PAS yang dilihat mampu meneruskan agenda politik di Malaysia.

PAS sambungnya, terbukti cekal walaupun telah mengalami kekalahan tetapi tetap maju dan sabar sehinggalah kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-12 lepas apabila diberikan amanah mentadbir Perak, Kedah dan mempertahankan Kelantan.

"PAS adalah satu-satunya parti yang mampu meneruskan perjuangan kami. Walaupun kami bukan Islam tetapi kami tahu PAS dapat melaksanakan pemerintahan dengan adil, telus dan toleransi, " katanya. - mks.

Tiada ulasan: