Emal Yusof
IPOH - Seramai 20 orang Ketua Kampung dan ahli JKKK telah diundang oleh Kerajaan Negeri untuk menyaksikan perjalanan langsung Persidangan Ketiga, Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Ke-12 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Mereka yang terdiri daripada sepuluh orang Ketua Kampung dan sepuluh orang ahli JKKK kampung-kampung Gagasan Manjoi dekat sini disediakan sebuah bilek khas untuk para pemerhati bagi melihat dan mendengar dengan jelas perjalanan sidang Dun.
Persidangan Dewan hari ini bermula jam 9.00 pagi dan akan tamat pada jam 5.00 petang ini nanti di mana kemuncaknya membahaskan Bajet 2009 Kerajaan Perak.
Sebelah pagi dipenuhi dengan sesi soaljawab. Soalan-soalan telah dijawab oleh Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Exco Agama, Pendidikan Islam, Wanita Dan Kebajikan, Haji Mohd Zainuddin Mohd Yusof.
Adalah difahamkan, esok dan lusa, kumpulan dari kampun-kampung lain di sekitar bandaraya Ipoh ini akan dijemput menyaksikan persidangan yang julung kalinya diadakan di bawah Kerajaan Rakyat Perak. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan