HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 November 2008

Silap Mata UMNO Silam?

Pejuang UMNO


Mantan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Haji Mohd Yusof Amat Jamlee telah memfailkan notis bantahan rasmi menggesa agar Majlis Tertinggi Umno membatalkan Persidangan Agung Umno Silam yang diadakan pada 1 November 2008 dan mengadakan semula persidangan berkenaan bagi memberi kesaksamaan dan keadilan kepada semua pihak.

Menurut Yusof, beliau membuat bantahan menuntut penjelasan daripada Urusetia Pemilihan dan Wakil Badan Perhubungan UMNO Sabah kenapa jumlah kertas undi bagai semua jawatan yang ditandingi tidak munasabah.

"Saya beranggapan Persidangan Agung UMNO Silam pada 1 November 2008 adalah tidak sah berdasarkan bukti yang saya muatkan di dalam VCD yang menjadi sebahagian daripada bantahan saya," ujar Yusof yang menjelaskan beliau turut memuatkan klip video beliau ke Youtube agar dapat ditonton semua pihak yang cintakan parti.

Selaku calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Silam, Yusof menggesa Majlis Tertinggi UMNO meneliti setiap aduan yang dibuat secara berasingan atau melalui memorandum yang beliau hantar kepada Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO dan disalinkan kepada semua ahli Majlis Tertinggi.

"Saya juga kesal kerana Badan Perhubungan UMNO Sabah tidak berwibawa dan gagal meneliti aduan yang dibuat melalui affidavit yang disampaikan oleh calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Saloma. Datuk Kadzim mengarahkan persidangan wanita yang tertangguh disambung semula sedangkan masalah pada 11 Oktober belum selesai. Apatah lagi mereka menghantar 10 perwakilan ke Persidangan Agung UMNO Silam," ujar Yusof yang menggesa agar Badan Perhubungan UMNO Sabah bersikap lebih profesional dan bukannya menyalahguna kuasa untuk kepentingan proksi mereka.

Tegas Yusof lagi, para perwakilan yang menurunkan cap jari kanan di memorandum berkenaan menuntut proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO Silam melalui persidangan agung yang akan diadakan semula (jika diluluskan) dikendalikan oleh Majlis Tertinggi UMNO setelah ternyata Wakil Badan Perhubungan UMNO Sabah iaitu UMNO Bahagian Beluran mengendalikan Persidangan Agung UMNO Silam secara tidak telus sehingga wujudnya sindrom penipuan yang terlalu ketara.

Dalam pada itu, menurut Memorandum Bantahan yang dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, para perwakilan menggariskan empat asas bantahan yang memerlukan penyiasatan segera bagi menghindari UMNO terjebak pengharaman di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Empat asas bantahan tersebut ialah;

01: PERCANGGAHAN JUMLAH UNDI

Pengerusi Tetap Persidangan UMNO Silam, Datu Halun @ Hamdan Bin Datu Abdul Karim mengumumkan seramai 970 orang perwakilan menghadiri Persidangan Agung berkenaan pada 1 November 2008 di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu. Namun apabila selesai pengiraan undi, jumlah keseluru-han undi bagi setiap jawatan yang ditandingi tidak sama sedangkan setiap perwakilan diberikan lapan kertas undi bagi lapan jawatan yang dipertandingkan.

Urusetia Persidangan kelihatan tidak telus apabila tidak mengira jumlah kertas undi dalam tong sebelum menjalankan pengiraan sehingga terdapat jurang yang begitu ketara kerana kehilangan atau pertambahan kertas undi yang masih menjadi MISTERI.

Untuk membongkar ENIGMA di sebalik misteri kertas undi, perwakilan telah menjalankan post mortem untuk mengkaji kemungkinan kebarangkalian terdapatnya unsur penipuan dan malafide yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menumpaskan lawan melalui taktik kotor disebabkan Urusetia Persidangan gagal mengawal selia perjalanan persidangan yang kelihatan seperti PASAR IKAN apabila perwakilan bebas keluar masuk ke dalam dewan berkempen dan mempengaruhi perwakilan lain ketika mereka sedang membuang undi.

Hasil postmortem, mereka mendapati Urusetia tidak dapat memastikan berapa ramaikah perwakilan yang mengundi di dalam Persidangan Agung berkenaan kerana tidak ada satu jawatanpun yang mencapai 970 undi atau yang setara dengannya. Adalah tidak mungkin 30 perwakilan yang hadir pulang tanpa menunaikan tanggung jawab mereka apatah lagi semua perwakilan menyedari tugas mereka untuk mengundi di dalam persidangan agung berkenaan.

Berikut adalah keputusan penuh bagi setiap jawatan yang dipertandingkan;

Pengerusi Tetap Persidangan 929 undi

Timbalan Pengerusi Tetap 828 undi

Ketua UMNO Bahagian 930 undi

Timbalan Ketua UMNO Bahagian 944 undi

Naib Ketua UMNO Bahagian 942 undi

Ahli Jawatankuasa 822.45 undi (16,449 undi dibahagi 20 calon)

Perwakilan 7 842.71 undi (5,899 undi dibahagi 7 calon)

Pencalonan Timbalan Presiden 301 undi

Pencalonan Naib Presiden 288.66 undi (866 undi dibahagi 3 calon)

Para perwakilan hairan kenapa terdapat jurang yang besar jumlah undi keseluruhan termasuk undi rosak di antara jawatan yang dipertandingkan sehingga kelihatan tidak logik jika perwakilan membawa pulang kertas undi calon yang mereka tidak suka atau tidak memasukkan kertas undi ke dalam tong semata-mata untuk menunjukkan kepada calon pemimpin bahawa mereka mengundi calon berkenaan atau Urusetia didak memberi cukup kertas undi kepada perwakilan?

Mereka ingin tahu berapakah sebenarnya perwakilan yang mengundi kerana jumlah undi minima 828 dan maksima 944?

Paling mengejutkan, jumlah undi Ahli Jawatankuasa tidak masuk akal kerana jika 16,449 undi dibahagikan dengan 20 calon, maka terdapat 822.45 orang perwakilan yang membuang undi. Sesuatu yang luar biasa kerana dari mana datangnya 0.45 manusia?

Begitu juga dengan jumlah undi Perwakilan 7, iaitu 5,899 undi yang jika dibahagikan dengan 7 akan mendapat 842.71?

Pencalonan Timbalan Presiden dan Naib Presiden juga agak mengejutkan kerana ketika itu hanya tinggal 301 orang Perwakilan yang mengundi Timbalan Presiden dan 288.66 perwakilan yang memilih Naib Presiden. Kenapa wujud 0.66 orang (866 undi /3 calon) bagi jawatan naib presiden.

02: PERWAKILAN HARAM

Terdapat Ramai PERWAKILAN HARAM yang menghadiri Persidangan Agung UMNO Silam pada 1 November 2008. Mereka dikategorikan kepada LIMA kategori;

02.1 MENUKAR PERWAKILAN DI LUAR PERSIDANGAN;

Dua cawangan telah menukar perwakilan di luar persidangan agung cawangan iaitu;

02.1.1 Cawangan Kg Berigas 1 Tungku (18849077);

Perwakilan yang mendapat tauliah ialah HAJI MOHD AKHIR TIKOK namun telah ditukarkan secara tidak sah di luar persidangan kepada DATU RAMLIE DATU MAYONG

02.1.2 Cawangan Kg Lok Buah (18850140);

Perwakilan yang mendapat tauliah ialah SITTI DALHA HAMSAIN namun oleh kerana beliau mewakili Wakil 10 Wanita, maka nama beliau telah ditukarkan secara tidak sah di luar persidangan kepada MINDA MORA BINTI HUSSIN

02.2 PERWAKILAN MISTERI;

Menurut Fasal 14.4.4 Peraturan Persidangan, Wakil-wakil Cawangan yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli yang telah menjelaskan yuran. Tetapi jumlahnya tidak lebih daripada LIMA orang dari satu Cawangan.

Namun perwakilan dapat mengesan dua cawangan di Lahad Datu dan satu cawangan di Kunak menghantar wakil 6 wakil iaitu cawangan Kg Bakau II (18850065) dan Kg Bandaran II (18850085), kedua-duanya di Lahad Datu dan Kg Bagiang Tengah, Kunak (18851038), menghantar ENAM perwakilan ke persidangan Agung UMNO Silam pada 1 November 2008. Siapakah TIGA perwakilan yang tidak sah bagi tiga cawangan berkenaan?

02.3 PERWAKILAN YANG MENJADI AHLI KEPADA DUA PARTI;

Dua orang perwakilan UMNO daripada cawangan Kg Aru (18849081), APIL SUBOH (510719-12-5155) dan ARULAH SANDIN (531013-12-5199) daripada cawangan Taman Fajar Bangingod (18850182) telah dikenalpasti sebagai ahli PARTI PEMBANGKANG iaitu PARTI MAJU SABAH (S.A.P.P) dan dalam masa yang sama mereka juga turut menjadi ahli UMNO. Arulah adalah Timbalan Pengerusi Cawangan SAPP bagi Kampung Dengan Tungku sejak 1992 dan mewakili cawangan berkenaan ke Persidangan Agung SAPP pada September 2008. Amalan ini bercanggah dengan Perlembagaan UMNO dan Akta Pertubuhan 1966.

02.4 PERWAKILAN HANTU;

Seorang perwakilan UMNO daripada cawangan Pulau Malundangan (18851055), SANIAH BTE KARA (700826-12-5182) adalah ahli cawangan Kg. Kunak Tengah (18851007) dan perwakilan ini ditakrifkan sebagai Perwakilan Hantu mengikut Perlembagaan UMNO dan Tatacara Peraturan Persidangan.

02.5 PERWAKILAN MENGUNDI DUA KALI;

Beberapa orang perwakilan dikenalpasti telah mengundi lebih daripada SATU KALI antaranya DATIN MAIZATUL AKMAM DATUK HAJI AHMAD ALAWI (710918-12-5314) daripada cawangan Kg. Tulibas Besar, Tungku (18849061) dan HAJJAH MAHANIE BTE ALAN (520302-12-5386) daripada Cawangan Taman Gembira (18850178) mengundi dua kali iaitu mewakili cawangan dan AJK Bahagian dan Per-wakilan 10 Wanita. Sekiranya Presiden Parti hanya berhak mengundi Satu Kali sahaja, kenapakah mereka ini mendapat keistimewaan yang melebihi Presiden Parti?

0.3 KOURUM TIDAK MENCUKUPI KETIKA PERBAHASAN

Perbahasan Usul tidak dilakukan kerana kourum tidak mencukupi sewaktu agenda Perbahasan Usul dan ini bercanggah dengan Peraturan 11.5 Peraturan Persidangan yang menghendaki Pengerusi Tetap Persidangan hendaklah Serta Merta menangguhkan Persidangan tersebut kerana ketika itu hanya terdapat 82 orang perwakilan di dalam dewan persidangan dan kurang daripada setengah ahli yang cukup bilang (121 perwakilan).

0.4 URUSETIA PENGENDALI PERSIDANGAN GAGAL MEMANTAU

Wakil Perhubungan Negeri, UMNO Beluran yang memantau Persidangan tidak mempunyai Urusetia yang mencukupi sehingga AJK Bahagian Silam dan mereka yang bertanding dilantik sebagai Urusetia Pengiraan Undi seperti Haji Ismail Tidal, Ibrahim Kaning dan sebagainya sehingga perjalanan persidangan tidak telus dan berlaku penipuan sewaktu pengiraan undi. Para perwakilan bebas keluar masuk tanpa sebarang kawalan ketat sehingga calon yang bertanding atau agen mereka merayu undi berdekatan peti undi sehingga mengganggu ketenteraman dan pencabulan privisi perwakilan.

Kesemua bantahan mereka telah disampaikan pada 8 hingga 11 November 2008 sejajar dengan Perlembagaan Parti dan Tatacara Persidangan yang menghendaki bantahan mesti disampaikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh Persidangan Agung.

Warga UMNO boleh melayari Youtube di alamat http://www.youtube.com/watch?y=ZjCmjtVIomg atau masuk ke laman web youtube dan buat carian dengan menaip nama yusof jamlee untuk menonton dan memuat turun videoclip 10 minit bertajuk Silap Mata UMNO Silam yang dibuat oleh Yusof Jamlee untuk Majlis Tertinggi UMNO.

Tiada ulasan: