HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 April 2009

Abdullah diketepi sebelum turun

SIASAH DAILY


BUKIT GANTANG : Ketiadaan poster bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di mana-mana lokasi dalam kawasan pilihan raya kecil P59 di sini menimbulkan tanda tanya banyak pihak termasuk pengundi BN sendiri.

Mereka berkata, sepanjang perjalanan mereka meninjau semua lokaliti pilihan raya kali ini, hanya poster Najib, Zambry dan Ismail Saffian sahaja di mana-mana.

“Mana ada poster Pak Lah sedangkan beliau masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri (ketika berita ini ditulis), apakah BN sudah membuangnya kerana ada masalah dalaman sesama mereka?” soal mereka.

Orang ramai berkata lagi, jika benci sangat kepada Pak Lah, jangan dilupakan begitu sahaja dan jangan pula membuang Abdullah sebelum beliau turun.

Dengan nada bergurau, seorang dari mereka berkata, Umno tidak mahu letakkan poster Abdullah kerana tidak dapat menarik perhatian pengundi yang sudah tahu sikapnya yang diketahui ‘lembik’.

Jika hendak diambilkira ranking jawatan dalam Umno pula, ke mana perginya poster Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin yang memegang jawatan sebagai Pengarah pilihan raya BN bagi semua pilihan raya kecil? soal mereka lagi.

Jumaat lalu, rasmi Pak Lah turun dan Najib dinaikkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Tiada ulasan: