HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 April 2009

Apa perlunya JKKK..?

Pendapat badok


"Hampir satu tahun PR diberi peluang memerintah diKedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor rata rata saya meninjau pentadbiran dikampung-kampung masih tidak menentu. Agensi kerajaan PR melalui JKKK yang ditubuhkan, senantiasa bertembung dengan JKKK(P) yang ditaja oleh BN/Pusat menjadi penghalang kestabilan pentadbiran kerajaan negeri. Tidak kurang juga halangan halangan pentadbiran yang kadang kadang sengaja diujudkan oleh karat karat umno dimerata pejabat daerah negeri negeri, menjadi penghalang proses pentadbiran ini.

Fenomena ini wajib dihapuskan. Kata dua mesti diberi kepada pegawai-pegawai negeri serta kakitangan kerajaan negeri yang bertugas, supaya mereka meninggalkan 'karat-biru' dirumah.Kita tidak menghalang mereka untuk berpolitik hatta untuk mereka meyokong umno sekali pun, itu adalah merupakan hak individu. Tetapi jika perangai ini merosakkan sistem pentadbiran kerajaan maka sesuatu tindakan'wajib' dilaksanakan.

Memberhentikan mereka,menukarkan mereka bukanlah sistem pentadbiran yang betul,(walaupun UMNO/BN menguna pakai kaedah ini sejak dari dulu, kaedah yang jelas zalim lagi tidak berperikemanusiaan), namun tidak salah jika kerajaan negeri memberi 'amaran keras' kepada penjawat tersebut supaya taat lagi bertanggung jawab.

Ini peranan JKKK. Selain dari menjadi agen pembangunan dan menjaga keselamatan rakyat dikampung, JKKK juga mesti peka dengan elemen provokasi dari penjawat penjawat dipejabat daerah masing masing. Tugasan melaporkan parit tersumbat,lampu jalan tak menyala,pemberian anak ayam, jalan tak berturap, bukan lagi tugas utama JKKK. Menjadi mata dan telinga kerajaan juga tidak mencukupi malahan JKKK mesti menjadi mulut kerajaan mampu mentarbiah masyarakat hatta menegur secara terang terangan penjawat penjawat kerajaan biar pun ADO atau D.O.jika jelas mereka meyalah gunakan kuasa dan kedudukan.

Kerajaan PR mesti faham ini. Hebat tara mana sekali pun Ustaz Azizan,Lim Guan Eng,Nizar atau Khalid Ibrahim, jika agensi 'grass-root' ini tidak mantap dan 'future-oriented' maka PR tidak akan boleh bertahan lama.

Keghairahan PR diawal memerintah ialah melantik / menubuhkan Jawatan Kuasa JKKK ini. Berkecamuk, berbalah , lintang pukang, rampas merampas dewan orang ramai ( walaupun jelas ini ujud dari sikap JKKK lama tajaan UMNO/BN ) tetapi satu pekara yang penting yang tidak pernah diambil kira ialah "Siapa yang akan menerajui PR diDUN yang PR kalah bertanding ?".. hingga hari ini tidak ada pentauliahan jawatan tersebut dibuat. Jika Pengerusi JKKK ditauliahkan oleh kerajaan negeri, siapa dia yang ditauliahkan untuk mentadbir DUN yang PR kalah bertanding???

Ini terlepas pandang oleh sistem pentadbiran kerajaan PR. JKKK akan lingkup jika tidak dipantau atau diurus secara professional. Untuk itu, jawatan "Penyelia DUN" yang ditauliahkan wajib ada dan sudah pasti kerajaan negeri memberi sedikit imbuhan 'allowance' kepada orang ini.

Secara professionalnya, Penyelia DUN merupakan ADUN bayangan kerajaan PR dan Pentadbir yang diberi kuasa merancang, meyelenggara serta memantau semua aktiviti dan perancangan kerajaan negeri dikesemua DUN yang tidak dikuasai oleh PR.

Apakah ini telah dibuat?...atau hanya berharap kepada JKKK?..... Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor kena jawab.

Tiada ulasan: