HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 April 2009

DUN Trong: Pondok panas BN jadi tumpuan

Muda Mohd Noor


Setakat jam 11 pagi, pondok panas BN menjadi tumpuan pengundi di DUN Trong dalam parlimen Bukit Gantang.

Tinjauan petugas BN mendapati pengundi sejak awal pagi telah berpusu-pusu datang ke pondok panas BN untuk mendapatkan kertas mengundi.

Ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Bukit Gantang, Mohamad Saadin Yusof berkata, Trong merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama.

“Kami menganggarkan lebih 20 peratus dari kira-kira 11,000 pengundi dalam DUN Trong telah keluar mengundi.

“Matlamat kita ialah untuk menambah undi majoriti berbanding pilihanraya umum lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pilihanraya umum lalu calon BN Datuk Rosli Husin mengalahkan calon PAS Norazli Musa dengan majoriti 916 undi.

Sementara itu, timbalan ketua Umno bahagian, Kamarulail Sulaiman berkata, proses pengundian di Bukit Gantang setakat ini berjalan lancar.

Katanya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian yang tidak diingi.

“Cuaca baik tetapi pengundi perlu keluar awal untuk mengelak kemungkinan berlaku hujan pada sebelah petang,” katanya.

Tiada ulasan: