HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 April 2009

Mansuhkan MECD, pemikiran Najib terkebelakang - Salahuddin

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub hari ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri memansuhkan Kementerian Keusahawanan dan Koperasi (MECD) adalah langkah terkebelakang yang meminggirkan usahawan.

Walaupun beberapa agensi MECD seperti Mara dan Tekun kini diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi Salahuddin melihat bahawa tindakan Najib itu seolah-olah tidak mengutamakan program pembangunan keusahawanan.

"Beliau (Najib) perlu merujuk kepada beberapa negara maju, Jepun dan Korea yang lebih banyak menumpukan kepada pembangunan usahawan, mereka jelas berjaya membangunkan usahawan hingga memajukan negara," katanya.

Meskipun tidak dinafikan MECD sendiri sebelum ini kurang berjaya melahirkan usahawan seperti di negara lain, namun kementerian itu boleh dimajukan lagi, katanya.

Ujar Salahuddin, seharusnya MECD dikembalikan semula dan diperkasakan agar kementerian itu berjaya memacu ekonomi negara dengan melahirkan usahawan yang berjaya._

Tiada ulasan: