Anna Yusof
BUKIT GANTANG : Calon Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamaluddin sempat membantu seorang mangsa kemalangan di Simpang, Taiping baru-baru ini.
Walaupun dalam kesibukan berkempen dan memenangi hati rakyat Bukit Gantang, beliau juga tidak melupakan tanggungjawab sosial apabila kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam Jumaat lalu ketika rombongan pakatan Rakyat dalam perjalanan menuju ke beberapa program ceramah yang telah di aturkan pada malam itu.
Kemalangan yang berlaku di depan rombongan beliau membabitkan seorang penunggang motosikal yang telah dilanggar lari oleh sebuah kereta di Simpang.
Melihat pemandu kereta tersebut lari daripada lokasi kemalangan Nizar meminta pemandu beliau memberhentikan kenderaan lalu turun dan memberi bantuan kecemasan segera kepada mangsa.
Beliau juga telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.
Rombongan Nizar meneruskan perjalanan menemui rakyat di beberapa tempat di Bukit Gantang sehingga 12 tengah malam.
Tauladan yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin yang prihatin terhadap nasib rakyat dengan tidak mengira darjat, kedudukan dan fahaman politik adalah melambangkan seorang ahli politik yang berwibawa seperi Nizar Jamaluddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan