HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Mei 2010

Kementerian kaji tangguh naik gaji jaga

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Keputusan menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji pengawal keselamatan yang dijadual 1 Julai ini kepada tarikh lain hanya akan diputuskan apabila Kementerian Sumber Manusia menerima dan mengkaji memorandum daripada Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata buat masa ini, pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana masih tidak menerima surat atau memorandum berhubung perkara itu daripada pihak berkenaan.

“Saya tidak menerima memorandum, bagaimana boleh buat keputusan (tangguh pelaksanaan), sebaik terima surat saya akan kaji dan berbincang bersama pegawai sebelum membuat keputusan.

“Kajian itu turut meneliti dakwaan persatuan bahawa skala gaji baru pengawal keselamatan boleh menyebabkan 300 syarikat pengawal keselamatan Bumiputera gulung tikar, kami akan lihat perkara itu semua,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rayuan PPKKM yang meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji pengawal keselamatan.

Tiada ulasan: