HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Mei 2010

SPRM ambil keterangan penulis blog Kickdefella

BERIRA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengambil keterangan bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz berhubung dakwaannya membelanjakan lebih RM4 juta untuk menjalankan aktiviti gerak saraf terhadap Barisan Nasional (BN).

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, berkata penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella itu hadir di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan kira-kira jam 6 petang, semalam.

“Kenyataan Syed Azidi berkaitan peruntukan RM4 juta itu sedang diteliti dan keterangannya penting untuk membantu SPRM menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut perundangan mengikut Akta SPRM.

“Kita hanya mahukan keterangannya, bukan menahannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan Kickdefella mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tiga tahun memegang jawatan itu untuk aktiviti gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk dan melemahkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri.

Wang itu didakwanya digunakan untuk membiayai pembelian aset, peralatan, pembayaran upah pekerja, bahan percetakan dan lain-lain bagi bertujuan menggerakkan operasi gerak saraf itu.

Kickdefella membuat dakwaan itu dalam blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Mustafar berkata, terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung perkara didedahkan Syed Azidi.

Di KOTA BHARU, Kickdefella berkata, beliau sedia mendedahkan individu terbabit di sebalik isu peruntukan RM4 juta.

Kickdefella atau dikenali Syed Azidi Syed Abdul Aziz menyatakan kesediaan itu, namun mahu melihat terlebih dulu tindakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang dikatakan mahu membawa isu itu ke peringkat kepemimpinan parti.

"Semalam (kelmarin) Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (Ahmad Fadhli) ada cabar saya (mengenai isu RM4 juta), oleh itu, saya akan menyahut cabarannya dan sedia membuat pendedahan mengenainya apabila perlu.

"Saya akan dedahkan, tetapi ia (pendedahan) harus dilakukan bersama-sama, jika dia dedahkan, maka saya pun akan berbuat demikian," katanya.

Tiada ulasan: