WarkahDaily
Beginilah nasib rakyat yang berada di bawah kerajaan paling bengong dan paling bahlul di dunia. Manalah tidaknya, duit peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk kebajikan rakyat, tiba-tiba disalurkan melalui Ketua Bahagian Umno. Lahanat punya orang!
Salahguna kuasa Umno tu telah pun didedahkan oleh ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Gambar) kepada Harakahdaily baru-baru ini.
Menurut Dr Lo' Lo', kerajaan pusat tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti yang sepatutnya kerana parlimen Titiwangsa berada di Wilayah Persekutuan.
Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.
"Namun dasar Umno-BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.
Perkara itu terbongkar selepas Dr Lo' Lo' bersemuka dengan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan di majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen.
Dr Lo’ Lo’ bertanya kepada SDO, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?".
Jawab SDO, "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima."
Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan kepada Dr Lo' Lo'. Nah! Terbukti dengan jelas tentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Umno-BN.
Umno ni memang lebih jahat daripada komunis sehingga tidak dapat membezakan siapa yang dipilih rakyat dan siapa yang ditolak rakyat.
Hangpa ingat Ketua Bahagian Umno tu wakil kepada rakyat ke sehingga peruntukan disalurkan melalui depa yang haprak tu. Bila peruntukan disalurkan melalui yang bukan sepatutnya, lepas tu mulalah salah guna peruntukan, masuk poket sendiri, bagi tender kat anak beranak, beli benda murah dengan harga yang mahal dan sebagainya.
Kalau tak percaya pi tanya Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. Tanya dia berapa banyak salah guna wang rakyat dalam pentadbiran BN sehinggakan papan tanda nak tunjuk arah ke tandas pun sampai berharga RM871 yang dibayar oleh Majlis Perbandaran Bentong.
Itu baru papan tanda nak pi tandas, tak masuk lagi yang besar-besar. Itulah kerja Umno duk tibai duit rakyat untuk kekayaan anak beranak. Woi! Nak biarkan Umno-BN memerintah lagi ke?
Beginilah nasib rakyat yang berada di bawah kerajaan paling bengong dan paling bahlul di dunia. Manalah tidaknya, duit peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk kebajikan rakyat, tiba-tiba disalurkan melalui Ketua Bahagian Umno. Lahanat punya orang!
Salahguna kuasa Umno tu telah pun didedahkan oleh ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Gambar) kepada Harakahdaily baru-baru ini.Menurut Dr Lo' Lo', kerajaan pusat tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti yang sepatutnya kerana parlimen Titiwangsa berada di Wilayah Persekutuan.
Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.
"Namun dasar Umno-BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.
Perkara itu terbongkar selepas Dr Lo' Lo' bersemuka dengan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan di majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen.
Dr Lo’ Lo’ bertanya kepada SDO, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?".
Jawab SDO, "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima."
Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan kepada Dr Lo' Lo'. Nah! Terbukti dengan jelas tentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Umno-BN.
Umno ni memang lebih jahat daripada komunis sehingga tidak dapat membezakan siapa yang dipilih rakyat dan siapa yang ditolak rakyat.
Hangpa ingat Ketua Bahagian Umno tu wakil kepada rakyat ke sehingga peruntukan disalurkan melalui depa yang haprak tu. Bila peruntukan disalurkan melalui yang bukan sepatutnya, lepas tu mulalah salah guna peruntukan, masuk poket sendiri, bagi tender kat anak beranak, beli benda murah dengan harga yang mahal dan sebagainya.
Kalau tak percaya pi tanya Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. Tanya dia berapa banyak salah guna wang rakyat dalam pentadbiran BN sehinggakan papan tanda nak tunjuk arah ke tandas pun sampai berharga RM871 yang dibayar oleh Majlis Perbandaran Bentong.
Itu baru papan tanda nak pi tandas, tak masuk lagi yang besar-besar. Itulah kerja Umno duk tibai duit rakyat untuk kekayaan anak beranak. Woi! Nak biarkan Umno-BN memerintah lagi ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan