HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 November 2010

Kekecuhan di Hulu Selangor cemar pusingan akhir pemilihan PKR


pemilihan 2010Oleh Fazy Sahir dan Rahmah Ghazali

HULU SELANGOR: Kekecuhan berlaku di Hulu Selangor apabila beberapa orang cuba menghalang proses pemilihan PKR dan akhirnya masa mengundi dilanjutkan sehingga 7.00 petang.

Menurut seorang ahli cabang itu yang tidak mahu dikenali, semuanya bermula apabila calon Zahar Rosli yang tewas menghalang para pengawas pemilihan membawa kertas undi ke pusat mengundi.

Sumber itu memberitahu FMT bahawa Zahar dan orang-orangnya mengelilingi kenderaan pengawas pemilihan dengan menutup pintu dan boot kenderaan berulang kali sehingga beberapa ahli jawatankuasa pemilihan terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Tapi Zahar tidak melakukan kekasaran terhadap kami. Tapi beliau bekeras mahu menghalang kertas undi di bawa ke dalam pusat mengundi. Bagaimanapun usaha Zahar itu gagal," kata sumber itu.

"Beliau tidak dapat menyentuh mana-mana kertas undi tapi berjaya menghalang pengawas menjalankan tugas," katanya.

Masa mengundi dilanjutkan

Kekecuhan semalam menyebabkan tempuh pemilihan di Hulu Selangor dilanjutkan di mana ahli-ahli dibenarkan untuk mengundi sehingga jam 7.00 petang, berbanding 4.00 petang pada kebiasaannya.

"Ahli-ahli kembali mengundi pada jam 1.00 tengahari dan setakat ini seramai 200 orang telah mengundi," katanya.

Zahar, yang dipercayai menyertai parti pada 2008, mendapat jumlah undi paling sedikit berbanding calon-calon lain dalam pertandingan tujuh penjuru di peringkat cabang sebelum ini.

Walaupun matlamatnya tidak diketahui, Timbalan Ketua Cabang Kasim Yaakob percaya Zahar masih tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau kalah.

"Saya agak beliau tidak suka dengan keputusan itu yang tidak memihak kepadanya sebelum ini……apa yang dilakukannya adalah kebudak-budakan," katanya kepada FMT.

Percubaan oleh FMT untuk mendapat Zahar atau para penyokong untuk komen tidak berjaya setakat ini.

Semalam merupakan minggu terakhir pemilihan PKR apabila 15 cabang di Selangor, Johor dan Sarawak membuang undi. Keputusan pemilihan dijangka dapat diketahui pada lewat malam.

Tiada ulasan: