HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 November 2010

MALANG NASIB PENOREH DI SABAH

ANAK PENOREH

SAYA amat bersetuju dengan pendapat Joe melalui surat bertajuk ‘Rakyat Sabah Akan Terus Miskin?’ iaitu harga getah di Sabah patut disamakan dengan di Semenanjung Malaysia kerana kualiti getah adalah sama; kenapa pula harga di Sabah lebih murah dan harga di semenanjung satu kali ganda daripada harga di Sabah.

Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang memperkenalkan Slogan ‘1Malaysia’, setuju agar harga getah diseragamkan di seluruh Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup para penoreh getah.

Jika Kabinet Malaysia mahu rakyat Sabah terus menyokong kerajaan, maka mereka sepatutnya bertindak adil, bukan membiarkan rakyat Sabah terus miskin kerana segala hasil Sabah dikaut oleh pihak Semenanjung Malaysia.

Kasihanilah rakyat Sabah yang masih melukut di tepi ‘kepuk’ sendiri kerana hasil masyhul negeri diangkut ke Putrajaya sehingga Sabah papa kedana dan diiktiraf sebagai negeri termuflis di Malaysia!


41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harga getah di Sabah dan Semenanjung Malaysia perlu diselaraskan agar ia sama. kualiti getah adalah sama tapi harga berbeza, ia tidak adil.

azman berkata...

mungkin harga getah patut diseragamkan agar semua penoreh mendapat pendapatan yang sepatutnya.

azman berkata...

diharapkan pekara ini mendapat perhatian yang sewajarnya agar nasib penoreh di Sabah menjadi lebih terbela.

nickko berkata...

kenapa terlalu banyak diskriminasi antara kerajaan persekutuan dan negeri Sabah?? harga barang di Sabah lebih mahal dari semenanjung, kini harga getah yang berasal dari Sabah pula murah berbanding dengan semenanjung.. jika diskriminasi seperti ini terus berlaku, semakin miskin lah rakyat Sabah.

Unknown berkata...

Betul juga, apa juga masalah harga di Sabah dan semenanjung berbeza sedangkan 1 Malaysia juga. Apa pun, kita mengharapkan datuk Najib tahu apa sebab sebenarnya dalam hal ini. Kenapa harga getah berbeza.

nickko berkata...

apa penjelasan dipihak kerajaan negeri dan persekutuan? adakah tujuan tidak menyelaraskan harga getah ini supaya bila getah2 ini diexport ke semenanjung harganya selaras dengan harga getah di semenanjung? jika benar, harga barang di semenanjung yang akan dihantar ke Sabah juga patut lebih murah dari harga pasaran supaya bila sampai ke Sabah harganya sama dengan harga di Semenanjung.

Sanih Alias berkata...

Penjelasan haruslah diberikan oleh PM berhubung masalah harga getah Sabah dan semenanjung berbeza.

Jason berkata...

Sikap kerajaan yang sering mendiskriminasi rakyat sabah harus dihentikan. Macam mana Sabah hendak maju dan kaya jikalau kerajaan tidak adil. Seboleh-bolehnya, harga getah diseragamkan.

Jason berkata...

Diharapkan kerajaan berubah untuk kebaikan semua rakyat. Jangan kecewakan rakyat sabah.

nickko berkata...

saya harap kerajaan negeri memandang serius masalah ini sebagaimana seriusnya kerajaan negeri berusaha menangani fenomena kemiskinan di Sabah. sebelum isu ini dipolitikkan oleh pihak2 tertentu, wajar bagi kerajaan negeri dan persekutuan mengambil tindakan penyelesaian.

Leo berkata...

Mungkin juga kerajaan ada sebab2x tertentu mereka untuk tidak menyeragamkan harga getah di sabah dengan semenanjung malaysia.

Leo berkata...

Kerajaan harus beri penjelasan kenapa mereka tidak menyeragamkan harga getah kerana masalah ini adalah satu faktor yang menyebabkan sabah negeri termiskin di malaysia.

Hamdan Hadillah berkata...

Memang menjadi pertanyaan kepada rakyat sabah. Kenapa harga getah murah sekali ganda dengan harga semenanjung. Tapi apa pun perbezaan harga ini bukan sebab kenapa rakyat sabah miskin.

Tanpa Nama berkata...

bukan sahaja harga getahm tp harga barangan lain juga perlu diselaraskan.

songkilou berkata...

Haa saya baru tau yang harga getah Sabah tidak sama dengan harga Getah Semenanjung... Mana menteri yang bertanggungjawab...Sila beri penjelasan.

onong berkata...

Semoga Dompok dapat membantu.

Ezef berkata...

It can't be. We are the most contributors after all.

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak adil. Hasil bahan mentah Sabah tidak diberi harga yang berpatutan tetapi harga barang Sabah pula lebih mahal dibanding semenanjung.

Tanpa Nama berkata...

jika difikirkan balik, mengapa harga komoditi ini harus dibezakan antara sabah dan semenanjung sedangkan satu negara, Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

harga barangan di sabah adalah jauh lebih tinggi berbanding di semenanjung..namun, pendapatan penoreh getah sabah jauh lebih kecil dari semenanjung disebabkan oleh perbezaan harga..jika bukan kerajaan untuk membela nasib golongan ini, siapa lagi?

Tanpa Nama berkata...

dimanakah 1Malaysia yang dilaung-laungkan? harus diterapkan konsep 1Malaysia dalam penyelarasan harga getah antara sabah dan semenanjung serta harga barangan lain..

Tanpa Nama berkata...

diharapkan kerajaan BN akan menyelaraskan harga2 barangan, gaji, elaun dsbgnya yang berkaitan dengan taraf hidup rakyat..kita adalah dalam satu negara maka layanan yang adil adalah diperlukan tanpa mengira sempadan, tempat, negeri dll..kita adalah 1 Malaysia dan bukannya dua Malaysia ; malaysia timur dan malaysia barat..

Tanpa Nama berkata...

Septutnya pendapatan penoreh getah yang rajin boleh mencecah RM4,000 keatas jika mereka memiliki kebun getah seluas 6 ekar.

Unknown berkata...

Jika keadaan ini berterusan, tidak hairan satu hari nanti rakyat Sabah tidak lagi menyokong BN.

Tanpa Nama berkata...

Harga getah melambong kebelakangan ini, nasib penoreh sepatutnya berubah lebih baik atas kenaikan harga bahan komoditi ini.

Tanpa Nama berkata...

Getah boleh membantu penduduk kampung terkeluar dari gengaman kemiskinan. Harga getah kini melambong tinggi, tiada sebab mereka masih lagi miskin.
Harga getah harus diselaraskan dengan Semenanjung Malaysia.

Unknown berkata...

Sungguh tidak adil jika harga getah Semenanjung lebih tinggi dari Sabah.
Kenapa ada perbezaaan ini?

Tanpa Nama berkata...

Selalu pun tidak seragam.. hairan juga.. Elaun JKK pun tak sama, harga getah pun tak sama.... entah apa lagi yg tak sama lepas ni. huhu

Tanpa Nama berkata...

Saya yakin setiap penetapan yang dibuat pasti ada sebab tertentu, sebab tu sebolehnya perjelakan kepada umum supaya takda yang salah faham.

Tanpa Nama berkata...

Setuju azman. hal ni mmg patut diberi perhatian sewajarnya. Kesian penoreh getah di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Sokong shazla. Saya pun mahu tahu apa penjelasan di sebalik hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Apapun, saya harap hal ni tak dipolitikkan bagi mengelakkan ketegangan bertambah teruk.

Tanpa Nama berkata...

Ya betul, mengapa pula harga getah di Sabah lebih rendah berbanding di Semenanjung? Harga getah dan hasil penanaman lain perlu diselaraskan supaya adil.

Tanpa Nama berkata...

Terlalu banyak diskriminasi terhadap Sabah, inikah maksud 1 Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

Yahya harus memberi sepatah dua kata dalam hal ini.

chimchim berkata...

I think Dompok will be the best person to be encountered with.

Tanpa Nama berkata...

Cakap mahu tolong rakyat Sabah, mahu basmi kemiskinan, tapi kalau macam ni apa yang terhakis?

Tanpa Nama berkata...

Elaun JKK pun tidak selaras, sekarang harga getah pun tidak selaras. kenapa macam ni? Kenapa baru sekarang rakyat Sabah mahu suarakan? Tapi tidak mengapa, lebih baik sekarang daripada tunggu beberapa tahun lagi.

Tanpa Nama berkata...

Patutlah Sabah negeri termiskin.

Brendan berkata...

Salam ar risalah,

Sebab itu la cabotaj policy harus dikaji balik...kerana ingin menjaga kepentingan beberapa pengusaha kapal & pembeli2 getah, orang2 kampung dijadikan mangsa...

Penoreh Getah adalah juga boleh dikatakan key player dalam industri getah...oleh itu itu kepentingan mereka jg harus dijaga...

Getah adalah salah satu penyumbang terbesar dalam ekonomi negara, so tidak keterlaluan jika sedikit kesenangan berbentuk bantuan adalah melonggarkan sistem yg ada sekarang untuk kesenangan penoreh getah...

noemi berkata...

The state government has given ample compensation to them.