 Oleh : HASSAN DALIMPOS TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tidak menafikan masih banyak lagi adat resam dan seni budaya kaum dan etnik di negeri ini belum diketengahkan kepada umum. Beliau menyatakan perkara itu ketika ditanya media selepas merasmikan Pesta Budaya Murut Lundayeh Anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kemabong di Dewan Datuk Sri Ontoros Kemabong Tenom yang dihadiri 3000 orang masyarakat sekitar daerah itu. Berikutan terdapat kelainan persembahan dan pakaian yang ditonjolkan menerusi persembahan kepelbagaian suku dan sub-etnik Murut/Lundayeh sekali gus jelas menunjukkan ia mempunyai elemen-elemen suku sub-etnik berkenaan masih belum dipertontonkan kepada umum sebelum ini katanya. Justeru itu, beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menyeru kepada para budayawan di negeri ini agar bertindak secara proaktif menampilkan serta memperkenalkan kepelbagaian seni budaya yang terdapat di negeri ini secara menyeluruh. Katanya, dengan adanya usaha ke arah itu, beliau berkeyakinan ia dapat memperkayakan lagi khazanah budaya negara di samping menjadi landasan terhadap kekuatan semangat perpaduan sedia ada dalam kalangan rakyat Sabah dan dicontohi di negara ini, selaras dengan gagasan 1-Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Tan Sri Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata usaha memperkasakan seni budaya itu juga mampu menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara untuk terus mengunjungi kawasan Pedalaman seterusnya menjadi sebahagian daripada sumber ekonomi baru khususnya luar bandar. Terdahulu ketika berucap merasmikan majlis berkenaan, beliau yang juga Ahli Parlimen Keningau menasihatkan kepada generasi muda agar tidak mengabaikan soal aspek masa depan pembangunan seni budaya kaum dan etnik masing-masing ketika dunia berhadapan dengan ledakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebaliknya memerlukan keseimbangan demi kelesterian pembangunan seni budaya warisan bangsa. Mengenai cadangan mengadakan penganjuran sambutan Pesta Murut-Lundayeh secara tahunan, Pairin berkata pihak penganjur kini masih dalam peringkat perancangan. Hadir sama ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, merangkap Adun Melalap Datuk Radin Mallih, Ketua bahagian PBS Kemabong Sabini Ansumor, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kemabong dan wakil Adun Kemabong Sukimin Rukini dan PKR Melalap Balasius Masuning dan pengerusi pelaksana, Florentius Alex. |
21 ulasan:
adat resam dan budaya kaum-kaum yang ada di Sabah patut diketengahkan. ini demi memperkenalkan budaya dan adat resam yang terdapat di Sabah.
Di Sabah mempunyai pelbagai budaya dan suku kaum, setiapa budaya dan adat resam ini perlu diketengahkan agar kita dpat memahami satu sama lain.
Pesta seperti ini yang mempromosikan adat resam tempatan perlu diadakan, negeri kita mempunyai banyak suku kaum yang berbeza. Dengan pesta seperti ini, rakyat boleh mengenali budaya suku yang berlainan.
Ini juga boleh mengeratkan hubungan antara kaum dan juga mengelakkan adat resam tempatan daripada kepupusan. Tahniah kepada PBS, semoga terus mempromosikan adat resam tempatan.
Betul, jangan kita mensia-siakan apa kelebihan yang ada di negeri ini. Kalau boleh ketengahkan kelebihan yang ada seperti MURUT LUNDAYEH yang masih banyak dan kaya dengan adat resam mereka yang belum pamerkan dan pernah kita tengok sebelum ini.
Sabah memang kaya dengan Adat resam kaum masing-masing. Ini adalah kelebihan yang terdapat di Sabah. Memang elok jika kita memonjolkan adat resam seluruh suku kaum di Sabah ini untuk menunjukkan Sabah ini hidup harmoni dengan pelbagai suku kaum.
kurangnya pendedahan terhadap kepelbagaian seni budaya yang terdapat di negeri ini merupakan faktor utama masih ada budaya etnik di negeri ini yang terus terpencil dari pengetahuan umum.
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi mampu memainkan peranan dalam memperkenalakan adat resam dan seni budaya kaum serta etnik bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia..
biarlah adam resam setiap kaum didedahkan kepada umum, ia membolehkan kita saling memahami dan pada masa sama mengeratkan hubungan antara kaum.
kebudayaan dan adat resam sesuatu masyarakat perlu diketengahkan kepada umum agar ianya dapat diketahui. generasi muda juga perlu diberikan pendedahan tentang budaya yang ada agar mereka tahu tentangnya.
Adat resam harus dijaga dan dipelihara... jika tidak generasi akan datang tidak akan sempat menikmati dan mempraktiskannya..
Pekara ini tidak perlu dipertikaikan,kerajaan boleh mengarah agensi kerajaan atau universiti membuat kajian yang lebih mendalam terhadap kebudayaan Murut Lundayeh.
Mungkin banyak lagi suku kaum yang belum kita kenal di dalam Sabah ini. Tapi yang penting, semuanya hidup bersama secara aman.
Memang patut diketengahkan.. sekurang-kurangnya publik tahu keunikan dan adat resam yang ada di Sabah.
Setuju Salmalini. Keunikan Sabah ni harus diketengahkan bagi menunjukkan keharmonian yang ada di Sabah, tetap hidup aman dalam kepelbagaian:)
Media tempatan harus beri tumpuan juga. Berilah ruang di dada akhbar & internet utk mengetengahkan perkara ni supaya dapat dikongsi oleh semua penduduk Sabah dan juga penduduk luar :)
Sesungguhnya adat budaya di Sabah memang banyak kelainan.
We should be proud of that.
Kemakmuran Sabah juga harus dipuji. Berbilang kaum bukan satu masalah untuk duduk semeja.
This is 1M m talking about. No fighting between races and beliefs.
Yes and it should be preserved.
Catat Ulasan