HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 November 2010

Musa tidak selesa dengan kemiskinan rakyat Sabah


musaOleh Staf FMT

KOTA KINABALU: Di kelilingi 40% rakyat miskin di negara ini, Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang hidup kaya raya tentu merasa tidak selesa. Suatu keadaan di mana beliau dan pemerintahannya selama 16 tahun merasa serba salah.

Kumpulan pembangkang menghentam beliau mengenai Laporan Bank Dunia yang mengejutkan dan mendedahkan bahawa Sabah adalah sebuah negeri paling miskin di negara ini walaupun memiliki sumber alam semula jadi dan hasil minyak yang banyak.

Lebih memalukan ialah apabila Pengarah Sektor Pembangunan Tenaga Rantau Pasifik dan Asia Timor WRB Emmanuel Jimenez sedikit pun tidak terpesona dengan pemandangan yang dilihatnya dari lapangan terbang menuju ke bandar raya ini.

Malahan Jimenez memberitahu para pemberita bahawa……."saya datang dari lapangan terbang ke hotel, kamu tidak melihat kemiskinan tapi statistik menunjukkan kemiskinan berlaku secara berleluasa.

Terdapat jurang perbezaan pendapatan yang sangat luas dan kemiskinan tegar di Sabah.

Percubaan Musa untuk menyanggah pendedahan ini dengan penafian dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) menimbulkan kemarahan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Yong Teck Lee hingga beliau menuduh kerajaan negeri cuba untuk menutup kepincangan ini.

"Untuk perkara sepenting ini, orang yang bertanggungjawab ialah Ketua Menteri," kata Yong.

Maka pada awal minggu ini, tanpa merujuk kepada isu sebenar dalam laporan itu, Musa berkata, "kerajaan negeri sedia komited untuk memperkukuh iklim ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

Bercakap pada pelancaran majlis penubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sabah (FCAS) Musa menggesa masyarakat Sabah yang bekerja keras tidak mempercayai mereka "yang memberi maklumat yang salah dan meniupkan api kebencian terhadap kerajaan."

Jangan percaya kepada pembangkang

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan iklim ekonomi negeri, yang secara kebetulan merupakan salah satu pendekatan yang dicadangkan oleh Laporan Bank Dunia untuk negeri dan negara ini bagi memenuhi aspirasi Perdana Menteri Najib Tun Razak ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Dua strategi lain yang dicadangkan oleh Laporan Bank Dunia ialah satu, menggalakkan pelaburan dalam tenaga manusia dengan mengukuhkan pendidikan dan latihan kemahiran vokasional. Kedua, menyediakan perlindungan sosial dengan menyasarkan golongan yang tidak mampu menolong diri mereka sendiri.

Musa berkata, "kerajaan komited untuk memperkukuhkan iklim ekonomi dan kehidupan rakyat Sabah melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDB).

"Kami tahu bahawa stabiliti ini adalah faktor penting dan saya minta kita tidak memandang enteng perkara ini.

Musa berkata, terdapat percubaan dari beberapa kumpulan oportunis tertentu untuk mengaibkan kerajaan negeri.

"Jangan percaya kepada mereka. Mereka adalah oportunis yang mahu mencemar imej kerajaan negeri dengan memberi maklumat yang salah dan meniupkan api kebencian rakyat terhadap kerajaan.

"Mereka sekarang ini terdesak kerana mereka tidak mempunyai isu-isu sebenar melainkan ingin memiliki kuasa dan memenuhi agenda peribadi mereka," katanya.

Menyentuh mengenai kejayaan Barisan Nasional (BN) di Batu Sapi, beliau berkata, sokongan rakyat terhadap BN terbukti ketika berkempen.

"Saya harap rakyat dapat menilai secara berhati-hati dan terus menyokong kerajaan," ujar beliau.

40 ulasan:

Hamdan Hadillah berkata...

40% kemiskinan di Sabah, tapi kita tidak pasti bahawa 40% itu berapa peratus PATI dan orang tempatan. Kita jangan silap di Sabah PATI sangat berleluasa, jadi mungkin itu termasuk dengan PATI yang nyatakan oleh Laporan Bank Dunia.

Hamdan Hadillah berkata...

Percubaan Musa untuk menyanggah pendedahan ini dengan penafian dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) menimbulkan kemarahan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Yong Teck Lee hingga beliau menuduh kerajaan negeri cuba untuk menutup kepincangan ini. "Untuk perkara sepenting ini, orang yang bertanggungjawab ialah Ketua Menteri," kata Yong.

Jadi Yong bukan ex ketua menterikah sebelum ini. Jadi memang Yong patut disalahkan juga kerana sebelum Datuk Musa lagi masalah kemiskinan di Sabah ini telah menular. Yong harus sedar bahawa Yong sendiri tidak dapat menangani masalah ini semenjak Yong jadi KM Sabah.Apa yang yong telah lakukan untuk Sabah???Cuba yong jelaskan kepada rakyat Sabah??Kami mahu dengar??daerah Tawau sekarang 0% kemiskinan?? siapa KM dia??Datuk Musa Aman.Jadi tidak mustahil nanti Sabah akan bersih dari gelaran negeri termiskin pada masa akan datang dengan pemerintahan Datuk Musa Aman.

Sanih Alias berkata...

"Jangan percaya kepada pembangkang Beliau berkata kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan iklim ekonomi negeri"

Kita memang tahu dari mula lagi, kerajaan telah bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah di Sanbah ini. tapi yang masalah besar bagi kerajaan ialah PEMBANGKANG yang sengaja membuat bermacam-macam isu untuk kerajaan. Apa pun kerajaan tidak akan lemah semangat dengan semua perkara yang pembangkang lakukan kepada kerajaan. Yang kerjaan akan lakukan adalah memperjuangkan hak rakyat dan juga membantu rakyat yang dalam kesusahan. Membangunankan negeri ini juga adalah kerja utama kerajaan menjadikan negeri ini menjadi negeri yang maju dan membangun pada masa akan datang.

mantra berkata...

walaupun Sabah dikatakan negeri miskin. namun sabah ini tidaklah miskin sangat. Sabah juga kini makin membangun dan kadar kemiskinan makin berkurangan dari hari ke hari. sebagai penduduk Sabah kita semula harus berusaha untuk memperbaiki taraf hidup kita.

Hosie Masie berkata...

Datuk Musa, buatlah yang terbaik untuk Sabah dan kami percaya dengan Datuk untuk membantu sabah dari masalah yang dihadapi seperti PATI, kemiskinan, hal tanah dan sebagainya. Kami percaya datuk musa adalah orangnya yang akan membantu kami menyelesaikan masalah ini.

Kemiskinan itu perkara biasa bagi kami, tapi jika boleh majukanlah negeri ini dan keluarkan negeri kita dari senarai negeri termikin di Malaysia. biar KM buktikan dengan Pembangkang bahawa BN pasti boleh melakukannya.

Tanpa Nama berkata...

Betulkah Sabah begitu miskin, saya tidak rasa kita miskin. Walaupun masih ada yang hidup susah, tapi cuba tanya di negara mana yang tiada kemiskinan? Saya rasa kemiskinan rakyat Sabah sebenar hanya sebilangan kecil sahaja, yang lain itu PATI dan warga projek IC ataupun warga terapung.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun, diharapkan kerajaan akan berusaha membantu orang SABAH untuk maju dan mengeluarkan Sabah daripada kemiskinan.

Logop berkata...

Bukan senang untuk membasmi kemiskinan tetapi saya pasti kerajaan tengah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

YTL selalu buat kenyataan yang boleh disifatkan meludah kelangit.. beliau hanya tahu menyalahkan tetapi beliau sendiri tidak melakukannya.. malah beliau sendiri tidak ada idea atau cadangan untuk mengatasi masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

kita tidak boleh salahkan hanya satu pihak sahaja. rakyat juga perlu mencari inisiatif sendiri untuk memajukan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan. mengharapkan bantuan semata2 bukan lah jaminan untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Logop berkata...

Sabah mungkin adalah negeri termiskin di Malaysia tetapi jangan lupa Sabah mempunyai banyak PATI. Kemungkinan besar yang menyebabkan Sabah diseneraikan sebagai negeri termiskin adalah kerana PATI. Oleh itu, diharapkan kerajaan menyelesaikan masalah PATI ini.

Tanpa Nama berkata...

jika kita ikut perkembangan semasa terutamanya di Sabah, sebelum ini pernah ada kes dimana bantuan2 kerajaan disalahgunakan oleh rakyat semata2 untuk mendapat keuntungan cepat. bantuan kerajaan yang berbentuk barangan yang sepatutnya digunakan untuk berniaga telah dijual oleh penerima bantuan kepada orang lain. begitu juga dengan tanah yang sepatutnya dimanfaatkan untuk jangka masa panjang. jadi rakyat juga perlu mengubah minda mereka jika mahu maju seperti bagsa atau kaum2 lain.

Logop berkata...

Penduduk sabah juga perlu berusaha sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Takan mahu mengharap kerajaan seumur hidup.

Tanpa Nama berkata...

Sabah dibawah pimpinan Musa pasti mampu menggerakkan ekonomi penduduk di negeri ini, malah sepanjang pemerintahan beliau, kemiskinan di Sabah telah berkurangan walaupun prosesnya agak perlahan. untuk mengatasi masalah ini, kerajaan negeri memerlukan masa dan dana yang banyak, bukannya suara2 sumbang yang hanya tahu menyalahkan tapi tidak ada idea atau cadangan.

onong berkata...

Mestilah, siapa yang sukakan kemiskinan? Lagipun dia kan KM Sabah, memang perasaan tidak senang tu ada. Jadi apa yang penting ialah cari mekanisme untuk menyelesaikan masalah ini.

chimchim berkata...

Time waits for no one. Better kick our ass now and get started.

Tanpa Nama berkata...

I hope to see more changes within the state in the near future.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kemiskinan di sabah akan terus berlaku jika rkyatnya sendiri tidak mencuba untuk mengubah hidup mereka.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan sebenarnya berusaha untuk membasmi kemiskinan di negeri Sabah. penduduk juga kena mencari ikhtiar untuk meningaktakan taraf hidup mereka, byk sumber2 di Sabah boleh dibangunkan. penduduk Sabah kena bangkit untuk terus maju dan membangun.

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu tuding jari kepada mana-mana pihak. YTL cuma memerintah beberapa tahun saja, manalah dapat jalankan pembangunan sebanyak yang mungkin berbanding Musa yang merupakan KM paling lama di Sabah. Musa juga tidak perlu cakap apa-apa. Memang negeri Sabah masih jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain, jangan dinafikan.

Sebaliknya ambillah tindakan wahai KM. Tindakan yang kami mahukan bukan kata-kata. Ambil kata-kata Bank Dunia sebagai peransang untuk memajukan lagi negeri kita. Saya rasa sudah banyak dana diberi kepada Sabah. Jadi harap dana tersebut digunapakai dengan amanahnya. Ingat, pihak luar sedang memandang.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa pula nak selesa?

Tanpa Nama berkata...

memanglah tidak selesa kerana usaha2 kerajaan memberikan hasil yang kurang memn=beransangkan walaupun menunjukkan perubahan yang positif..sebagai KM, tentu musa hendak isu ini selesai..

Tanpa Nama berkata...

tidak perlu YTL bising2 kerana YTL hanya tahu cakap saja..jika dia yang menjadi KM, tentu dia pun akan berasa tidak selesa..jelas YTL menjadikan isu ini sebagai alat politik peribadinya untuk mendapat sokongan rakyat selepas apa yang berlaku di PRK batu sapi.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan negeri selama di bawah musa tidak pernah mengetepikan soal kemiskinan..selama ini pun, isu kemiskinan merupakan antara isu besar di sabah..pada masa Yong menjadi KM, apa yang beliau lakukan untuk membasmi kemiskinan? menambahkan kemiskinan adalah yang yong buat..

Tanpa Nama berkata...

rakyat tidak harus percaya kepada kenyataan2 pembangkang berhubung dengan isu ini terutama dari YTL..kerana YTL sememangnya seorang yang pandai memanipulasikan fakta untuk kepentingan peribadi..

Tanpa Nama berkata...

lagi pun, laporan bank dunia itu tidak semestinya tepat..mungkin PATI, IMM13 dan sbgnya termasuk dalam laporan tersebut..

Tanpa Nama berkata...

apa pun, diharap kerajaan akan terus berusaha untuk membasmi kemiskinan di sabah..

dollie berkata...

Everybody is not ease with the report. Come on, why we should be proud for being the poorest state? In fact, India is more proud of themselves despite slums.

Tanpa Nama berkata...

Mustahil seorang pemimpin dapat begitu selesa dengan gelaran tersebut.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan sememangnya sentiasa berusaha untuk memajukan Sabah dan meningkatkan lagi tahap ekonomi Sabah.

Tanpa Nama berkata...

diharapkan usaha pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan akan menjadikan Sabah lebih membangun.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai seorang pemimpin yang perihatin dengan rakyatnya yang menderita, Dt Musa akan terus berusaha membasmi kemiskinan di negeri ini.

Tanpa Nama berkata...

Dt Musa pasti akan cuba sedaya-upaya untuk membasmikan kemiskinan di Sabah.

Unknown berkata...

Harap dalam jangka masa pendek KM dapat mengurangkan kemiskinan kepada kadar yang paling minima.

Tanpa Nama berkata...

Keadaan ini akan merangsangkan KM mencurah lebih banyak tenaga dalam pembasmian kemiskinan Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai rakyat Sabah yang bermaruah, kita rasa apa yang dirasai KM.

Unknown berkata...

Kemiskinan Sabah tidak mudah diatasi. keupayaan Dt. Musa tak perlu disoalkan kerana rezeb negeri meningkat ke tahap paling tinggi dalam tempoh perkhidmatan beliau.

Tanpa Nama berkata...

Kita harap ada oembaharuan dan peningkatan yang Musa akan jalankan.

elia berkata...

Kenapa miskin?? Sebab tidak bekerja, tidak ada pendapatan. Jadi bekerja la untuk menampung kehidupan di samping tidak menyumbang kepada kemiskinan di Sabah! Selain itu penduduk asing juga menjadi penyebab mengapa kadar kemiskinan di sabah tidak pernah berkurangan.