KOTA KINABALU: Pengumuman Ketua Menteri Musa Aman mengenai peruntukan RM1 juta untuk setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah tahun depan disifatkan sebagai "satu bentuk rasuah politik".
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, pengumuman Musa itu – di bawah belanjawan negeri – memerlukan perhatian dan siasatan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Menyediakan peruntukan RM1 juta untuk setiap kawasan BN sahaja merupakan rasuah politik. Ini jelas merupakan bajet pilihan raya untuk meningkatkan peluang kemenangan bagi BN pada pilihan raya umum akan datang dan bukan untuk faedah rakyat. Wang ini akan digunakan untuk membeli undi," dakwa Lim.
Musa mengumumkan peruntukan khas itu di bawah Bajet Negeri 2011 Jumaat lalu. Beliau berkata peruntukan itu membolehkan wakil rakyat BN menyediakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing. BN memegang 57 dari jumlah 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengumuman beliau dilihat sebagai bertempatan dengan masanya sejak Perdana Menteri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan pilihan raya bila-bila masa tahun depan. Parti-parti pembangkang meramalkan Najib akan mengumumkannya di antara Mei dan November 2011.
Program "rasuah politik" untuk kroni
Sementara itu, Lim menegaskan bahawa salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) ialah memerangi rasuah dan salah satu aspek dikenalpasti ialah memerangi "rasuah besar" iaitu rasuah politik.
"SPRM harus menyiasat dan membasmi rasuah politik untuk membuktikan kerajaan serius dalam memerangi rasuah.
Ketua Audit Negara juga harus menjalankan audit khas mengenai perbelanjaan peruntukan ini pada tahun-tahun yang lalu oleh wakil rakyat BN Sabah dan menyediakan laporan audit terperinci berhubung penyelewengan.
"Penyelewengan ini mesti didedahkan dan dihentikan jika mahu Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi dan moden. Dana awam tidak harus diselewengkan untuk tujuan politik," ujar beliau.
Bercakap kepada para pemberita di sini semalam sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Lim berkata, peruntukan itu bertentangan dengan laporan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai "pertumbuhan inklusif".
Sabah negeri termiskin
Beliau menekankan pertumbuhan inklusif bermakna faedah untuk semua rakyat tanpa mengira sokongan dan kecondongan politik.
"Bagaimana anda bercakap tentang pemberian RM1 juta kepada kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN sahaja dan pada masa yang sama bercakap mengenai pertumbuhan inklusif?," soal beliau.
Mengenai peruntukan RM162 juta bagi membasmi kemiskinan dalam bajet itu, beliau hairan dan marah dengan fakta bahawa walaupun beratus-ratus juta ringgit telah dibelanjakan di bawah program membasmi kemiskinan dalam beberapa tahun lalu sejak BN mengambil alih pentadbiran pada 1994, Sabah menjadi negeri yang termiskin di negara ini.
"Saya fikir daripada menyebutnya program membasmi kemiskinan, ia seharusnya dilabel sebagai "program mengkayakan kroni BN" memandangkan tahap kemiskinan kekal tinggi di Sabah," ujar beliau.
Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Ketua DAP Sabah dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu, timbalannya dan juga Adun Sri Tanjung Jimmy Wong, naib presidennya Edward Mujie dan setiausaha publisiti Edwin Bosi.
42 ulasan:
perutukan yang diumumkan adalah untuk membangunkan kawasan untuk memberikan manfaat kepada rakyat.
diharapkan usaha untuk membanteras kemiskinan akan terus dilakukan dan mampu untuk membasmi kemiskinan.
peruntukan yang diumumkan adalah peruntukan untuk wakil rkyat memajukan kawasan mereka masing2.
Peruntukan tersebut adalah untuk kebaikan rakyat. Kalau ia untuk mengkayakan kroni BN, sudah tentu Musa Aman tidak membuat pengumuman tentang hal peruntukan ini.
Diharapkan wakil rakil mengunakan duit itu untuk membangunkan kawasan mereka dan bukan untuk kegunaan sendiri.
peruntukan yang diberikan harus digunakan sebaiknya untuk pembangunan rakyat.
Jika itu dikatakan rasuah, silakan saja laporan kepada SPRM dibuat. Jangan hanya berani dengan media tapi takut kepada kenyataan.
Mungkin peruntukkan itu untuk pembangunan disetiap kampung yang memerlukan bantuan. Kita tidak boleh tersalah anggap dengan semua ini. Kita pasti ini ada sebab kenapa peruntukan ini diberikan. Jangan asyik mengatakan itu rasuah. Memang PR akan berfikiran sedemikian, kerana takut kekalahan akan dikecapi.
peruntukan khas tersebut adalah untuk tujuan pembangunan di kawasan yang diwakili..
jika DAP melakukan perkara sedemikian di Pulau Pinang, adakah ianya juga satu bentuk rasuah politik? sudah tentu Lim mengatakan tidak..jadi dakwaan Lim ini adalah tidak berasas dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
namun, peruntukan khas tersebut haruslah benar2 sampai kepada rakyat..mungkin perlu dibentuk satu badan khas bagi tujuan pemantauan.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata demikian dengan peruntukkan Musa umumkan. Tapi apa yang DAP tahu, yang mereka suka memfitnah. Ini tujuan untuk memudahkan wakil memberikan pertolongan dengan penduduk.
Kenapa LKS nak sibuk2 tentang hal rakyat di Sabah ni pla?
Lim should be worried over his constituency then.
Pengumuman mengenai Peruntukan RM1 juta ini harus dipandang positif dari pelbagai aspek terutamanya di negeri sabah yang masih lagi memerlukan peruntukan untuk terus membangun.
Peruntukan yang diumumkan ini juga untuk tranfomasi dalam memberi keutamaan kepada rakyat sabah untuk memberi pelbagai perubahan yang sepatutnya dapat dlakukan. salah satu contoh seperti, rakyat akan dapat menikmati pembangunan terancang iaitu menaik taraf jalan raya dan sebagainya terutamanya dikawasan pedalaman.
Mungkin ada yang berpendapat demikian tapi bagi saya itu bukan jumlah untuk persendirian, tetapi untuk rakyat dikawasan mereka juga. Tidak baik bersangka buruk sedangkan usaha itu adalah untuk kebaiikan bersama.
Dengan adanya peruntukan tersebut maka pemimpin tertentu haruslah memainkan peranan penting dalam memastikan peruntukan itu akan sampai kepada mereka yang sepatutnya dan untuk kepentingan semua rakyat.
Diharapkan juga peruntukan ini dapat digunakan sebaiknya, pelbagai perubahan dan kebajikan rakyat adalah keutamaan dan yang lebih penting lagi adalah sosioekonomi para penduduk yang berterusan. Dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan penambahbaikan penyusunan pola guna tenaga dan hak milik ekuiti korporat.
Rasuah atau tak, biarlah rayat nilai sendiri...
Tapi saya yakin peruntukan ini adalah utk membangun kawasan dan memenuhi keperluan rakyat. Jadi janganlah ada pihak yang salah tafsir pula.
Nanti kalau takda atau kurang peruntukan, lain pula cerita yang timbul nanti kan. huhu
Drama politik ni memang memeningkan kepala!!
Ya akmalina. Lapor dan bg bukti kepada sprm utk tindakan lanjut jika masih tak puas hati. Bukannya asyik menwar-warkan di media saja.
Peruntukan itu harus digunakan dengan sebaik-baiknya untuk manfaat rakyat.
Peruntukan cuma diberi kepada YB BN, bagaimana pula YB pembangkang? Duit ini dari mana? Dari duit parti atau kerajaan?
Jika wang berkenaan disalur terus kepada YB YB, siapa yang memantau pengunaan wang tersebut?
Semua tuduhan mesti disertakan bukti. Jika tidak, ia cuma fitnah semata-mata.
Memang tidak adil kerana YB pembangkang tidak diberi peruntukan tersebut.
Memang tidak adil kerana YB pembangkang tidak diberi peruntukan tersebut.
saya bersetuju dengan laporan Sabah mengalami pertumbuhan inclusif dan harus diberi perhatian serius oleh semua pihak. suntikan banyak program berbentuk modal oleh BN yang dianggap sebagai memberi kekayaan kepada kroni seperti yang didakwa pembangkang mengelirukan? why on earth LKS has to do dengan keadaan MISKIN dan MUNDUR dan kaitan dengan KRONI di Sabah? nampak LKS ada agenda tersembunyi yang cuba mengalihkan pandangan rakyat terhadap BN
Peruntukan yang disalur terus dari YB kepada rakyat bertujuan memudahkan projek yang memerlukan tindakan segera.
masih waras kah LKS?? jadi negeri2 Pakatan juga tidak perlu ada peruntukkan untuk rakyat kerana semua itu adalah rasuah untuk membeli undi..
LKS patut nilai balik apa yang keluar dari mulut beliau. jika peruntukkan 1 juta itu untuk kebaikan rakyat, kenapa perlu dipertikaikan? kenapa menuduh kononnya itu adalah rasuah untuk membeli undi? bukankah itu tanggungjawab pemimpin di kawasan berkenaan untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat? atau mungkin LKS dan semua pemimpin Pakatan tidak mahu rakyat menikmati peruntukkan tersebut.
Entahlah, saya dah bosan dengan mainan politik seperti ini. Baru-baru sahaja laporan dari Bank Dunia menyatakan bahawa Sabah adalah negeri termiskin. Sekarang peruntukan diberikan untuk melakukan pembagunan, tapi ada juga yang bising.
Tiada peruntukan, bising. Ada peruntukan, bising juga.
ini lah sikap pembangkang yang suka membangkang tanpa memikirkan yang mereka bangkang itu sebenarnya bertentangan dengan adat kebiasaan dan bertentangan dengan perjuangan mereka sendiri. bila tidak ada peruntukkan, mereka juga yang sibuk membangkang. tapi sekarang bila ada peruntukkan, mereka tetap juga bising dengan menghamburkan pembohongan serta fitnah melampau.
Setiap peruntukan dan usaha membagunkan Sabah adalah amat diperlukan.
ini adalah bukti lidah bercabang dari Pakatan yang sudah tentu bakal membawa bencana kepada negara sekirannya mereka2 ini menduduki kuasa tertinggi negara. logik ka peruntukkan untuk kebaikkan rakyat dikatakan untuk membeli undi? adakah maksud mereka ini supaya kerajaan mengabaikan rakyat serta pembangunan?
Banyak lagi isu lain yang patut dipertimbangkan oleh DAP.
If you want to, you can build up a system for DAP. No need to be jealous.
Apa yang diperjuangkan oleh BN memang tidak disukai DAP.
I don't know about this.Whatever.
Catat Ulasan