HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 November 2010

Tabung Khas Selenggara Kerosakan

SELANGOR KINI

SHAH ALAM– Satu tabung khas akan ditubuhkan bagi membiayai kerja-kerja penyelenggaraan lif, pembaik pulih bumbung dan pelbagai kerosakan umum lain di pengsapuri-pangsapuri serata Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, Tabung Pemulihan Rumah Kos Rendah atau RKR dicadang ditubuhkan selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan.

Tabung RKR ini bertujuan menambah baik kualiti kediaman skim-skim perumahan bertingkat di negeri ini.

Iskandar menjelaskan, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor diarah untuk menyediakan kertas-kerja penubuhan tabung ini.

“Banyak rumah kos rendah menghadapi masalah dari segi penyelenggaraan, seperti membaik pulih lif dan bumbung, menyebabkan kos untuk membaiki lif, untuk 3 projek melibatkan kos 1.65 juta,” katanya.

Beliau berkata, dana ini dicadang menerima suntikan dana daripada kerajaan negeri, badan-badan korporat serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Walau bagaimanapun, ia bukan kita beri percuma tetapi berdasarkan perkongsian antara penduduk dan kerajaan. Kita mungkin 50, 50 atau 60, 40… di mana kalau ada kawasan atau lif rosak, dia boleh memohon kepada kerajaan dan kita akan meletakkan syarat bagaimana untuk melaksanakannya,” katanya Adun Cempaka itu.

Tiada ulasan: