HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 November 2010

Tengku Razaleigh beri jaminan tunai janji kepada Orang Asli

SINAR HARIAN ONLINE

GUA MUSANG - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memberi jaminan akan menunaikan segala janji untuk membela nasib kaum Orang Asli yang banyak membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov lepas.

Tengku Razaleigh berkata kaum itu yang setia dengan perjuangan Umno telah memberikan sokongan padu bagi membolehkan BN menebus semula maruah selepas kekalahan kerusi DUN Galas pada pilihan raya umum lalu.

"Saya fikir sekiranya tidak kerana sokongan padu daripada kaum itu sudah tentu kita daripada BN amat sukar memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

"Oleh itu, saya tidak akan mungkir janji semasa pilihan raya kecil lepas dan tetap melaksanakan apa yang saya kata (pada kempen pilihan raya itu)," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Aidiladha sempena meraikan kemenangan BN bagi kerusi DUN Galas pilihan raya kecil di Bukit Chekati, di sini, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu anakanda Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra; ADUN Galas Abdul Aziz Yusoff; ADUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Nenggiri Md Yusoff Ab Ghani serta wakil-wakil kaum Orang Asli dan pemimpin parti komponen BN.

Tiada ulasan: