HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Mei 2012

Anwar tidak layak debat dengan Najib



 KL TODAY

Bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin sambil melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “pelacur”, hari ini berkata, ketua pembangkang itu tidak layak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Walaupun mahkamah tidak menyatakan Anwar bersalah tetapi banyak telah didedahkan dalam mahkamah.“Anwar tidak ada kredebiliti dan saya rasa Najib tidak perlu berdebat dengan beliau,” kata bekas Menteri Penerangan era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zainuddin berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan supaya diadakan debat antara Najib dan Anwar.

Dr Mazlee Malek dari Universiti Islam Antabangsa (UIA) membuat cadangan tersebut ketika menjadi moderator debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Selasa lalu.

“Saya tidak fikir Najib tidak berani berdebat dengan Anwar.  Anwar pandai berlakon tetapi fakta tetap fakta,” kata Zainuddin.

Zainuddin juga meramalkan Anwar tidak boleh menawan Putrajaya kerana pengaruhnya di kalangan rakyat sudah merosot.

Beliau berkata, keadaan sudah berubah dan sokongan segera kepada Anwar sudah berakhir.

“Kamu lihat berapa ramai yang datang ke mahkamah dalam perbicaraan Bersih 3.0 itu,” tambah Zainuddin.

Tiada ulasan: