HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mei 2012

Bersih 3.0: Polis tubuh pasukan khas siasat fitnah

HASNIZA HUSSAIN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
 
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan siasatan khas khusus untuk meneliti semua tohmahan mengenai dakwaan kekasaran polis berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan terbabit bertanggungjawab untuk mengumpul semua maklumat dan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada polis.

"Walaupun media bebas untuk melaporkan perkara-perkara berkaitan perhimpunan termasuk tohmahan terhadap polis, ia perlu dilakukan secara berhemah dan adil.

"Laporan-laporan yang tidak bertanggungjawab hanya akan membangkitkan sentimen negatif di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di facebook PDRM, hari ini.

Ismail berkata, pihanya bagaimanapun sangat menghargai laporan berbentuk fakta dan kritikan membina oleh media.

Tiada ulasan: