HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Mei 2012

Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!

BERITA SEMASA


Program debat Rafizi VS Khairy sudah pun menutup tirainya yang membahaskan “isu PTPTN” berdasarkan hujah dan pendirian masing-masing bagi memperjuangkan nasib golongan muda hari ini. Pada kami Khairy Jamaluddin yang pastinya mewakili parti Barisan Nasional mempunyai point dalam berhujah, begitu juga kepada Rafizi Ramli juga ada point tersendiri bagi menyokong pendirian beliau dan partinya. 

Moderator?

Moderator bagi kami sudah melakukan yang terbaik termasuklah satu cabaran yang cukup berani bersesuaian dengan kedudukannya sebagai berlatarbelakangkan seorang ahli akademik, dengan melontarkan cabaran yang mahu melihat dan mendengar hujah serta pendapat melalui debat bakal Perdana Menteri Malaysia antara Datuk Seri Najib Razak VS Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
  1. Datuk Seri Najib – Ketua Kerajaan yang sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong
  2. Datuk Seri Anwar – Ketua Pembangkang Malaysia yang juga sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong
Di mana kedua-dua kerusi pemimpin ini adalah menghadap antara satu sama lain di Dewan Rakyat. Jadi bagi kami daripada dahulu lagi, semestinya debat seperti ini kami memang sokong sepenuhnya. Apatah lagi moderator yang bernama Dr. Mazlee Malik melontarkan cabaran kepada ketua-ketua parti politik di Malaysia yang bakal menentukan masa depan Malaysia selepas ini. Seorang ketua kerajaan, seorang lagi ketua pembangkang. Jadi, bagi kami ada logiknya cabaran dilontarkan kepada kedua-dua pemimpin ini. Ada masalah?

 

Terus terang kami katakan kedua-dua pemimpin ini berkelayakan untuk berdiri di pentas yang sama untuk berdebatkan isu rakyat dan negara supaya rakyat boleh menilai dan menentukan apa yang terbaik untuk mereka, jikalau tidak maknanya selama ini kita sendiri memberikan satu penghinaan kepada sistem kerajaan Malaysia yang ada hari ini merujuk kepada Perlembagaan Malaysia.

Bagi kami debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli baru-baru ini telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini. Debat kini dilihat salah satu medium terbaik untuk menyalurkan perbezaan pendapat dan ianya dapat diurus secara matang dan harmonis.

Video Debat Rafizi VS Khairy (Versi Penuh)

Walaubagaimapun, moderator yang menjadi perantara bagi debat Rafizi VS Khairy ini mendapat kecaman hebat terutamanya di media sosial seperti Twitter yang menggangap tindakan moderator mencabar Perdana Menteri untuk berdebat yang dianggap mereka adalah tidak masuk akal. Pendapat anda pula di sini?

Tiada ulasan: