MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
"Seramai 92 peratus mahu daftar pemilih dibersihkan," kata kenyataan media Merdeka Center berhubung hasil kajian kendaliannya bulan lalu.
Merdeka Center juga berkata, penemuan itu juga mendapati bahawa hanya 44 peratus responden melahirkan keyakinan bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah bebas daripada unsur-unsur salah guna dan kepincangan manakala 49 peratus responden tidak yakin sama sekali.
Firma kajian itu juga mendapati bahawa 48 peratus responden bersetuju bahawa maklumat dalam daftar pemilih tidak tepat dan terdiri daripada pengundi-pengundi diragui, antaranya warga asing, yang dipindahkan tanpa pengetahuan mereka, atau mereka yang mempunyai pelbagai identiti.
"Hanya 39 peratus responden tidak setuju dengan kenyataan ini, percaya bahawa daftar pemilih adalah bersih," kata kenyataan Merdeka Center lagi.
Kajian terbaru Merdeka Center ini dijalankan antara 14 dan 26 April lalu.
Kajian itu selesai dijalankan dua hari sebelum perhimpunan Bersih 3.0, yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Dari segi pecahan kaum, 57 peratus pengundi Melayu yakin dengan proses pilihan raya negara ini, berbanding hanya 19 peratus responden kalangan pengundi Cina dan 39 peratus (India) manakala mereka yang tidak yakin pula 39 peratus adalah kalangan pengundi Melayu, 68 peratus (Cina) dan 50 peratus (India).
Dari segi umur, lebih ramai pengundi berusia 40 tahun ke bawah tidak yakin dengan proses pilihan raya berbanding responden berusia 41 tahun dan ke atas.
Daftar pemilih semalam terdiri daripada lebih 12 juta pengundi.
Masing-masing 57 peratus pengundi berusia 21 hingga 30 dan 53 peratus pengundi berusia 31 hingga 40 tidak yakin dengan proses pilihan raya. Seramai 44 peratus pengundi berusia 41 hingga 50 tahun (44 peratus), 51 hingga 60 (46 peratus) dan lebih 60 tahun (44 peratus) juga mengatakan bahawa mereka tidak yakin.
Sebaliknya, 49 peratus pengundi berusia lebih 60 tahun yakin dengan proses pilihan raya manakala mereka berusia antara 51 dan 60 tahun (45 peratus), 41 hingga 50 (45 tahun), 31 hingga 40 tahun (38) dan 21 hingga 30 (39 peratus) yakin dengan proses pilihan raya.
Berhubung dengan soalan berkaitan sokongan ke atas usaha membersihkan daftar pemilih, 92 peratus mengalu-alukan langkah itu berbanding lima peratus mengatakan tidak perlu.
Sokongan itu melebih 90 peratus merentasi etnik, gender, kumpulan umur, pekerjaan, pendapatan seisi rumah dan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan