SEDAKA SEJAHTERA
Akhbar Arus Perdana yang memaparkan aksi lucah di muka depan.
Akhbar Ini diberi percuma untuk pelajar-pelajar sekolah.
Apa Sebenarnya Tujuan akhbar ini...
Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap
saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya,
disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh
menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan
provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.
Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan
ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan
ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga.
Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan
‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus
memelihara maruah saya dan keluarga.
“The results from all three genetic loci show that the donor of blood
specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the
donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”
Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya
bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini
disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro
UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai
saya bersama seorang wanita di dalam tandas.
Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah
ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap
Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini
walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap
saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.
Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang
fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya.
Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat
terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.
Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi
sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk
mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan
pilihanraya dan penyelewengan dana awam.
Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa
obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya
menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan
masyarakat.
Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat
untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya
Umum ke 13.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan