"Gaji nelayan lebih banyak dari RM900," kata Setiausaha Persatuan Nelayan, Omar Abdul Rahman.
PETALING JAYA: Pelbagai pihak berkata, gaji minima RM800 dan RM900 sebulan sangat serendah dan tidak mencukupi menampung kos hidup yang semakin meningkat, kata pelbagai pihak hari ini.
Mereka mahu gaji minima sekurang-kurangnya RM1, 200 dan lebih banyak di Sabah dan Sarawak kerana kos hidup mereka lebih tinggi.
Persatuan Nelayan Kuala Selangor berkata, gaji RM 800 atau RM900 sebulan tidak cukup untuk hidup di zaman sekarang ini.
“Sewa rumah, makan, minum, anak sekolah berapa semua itu? RM900 sebulan tidak cukup.
“Saya terkejut dengan pengumuman gaji minima itu. Gaji nelayan lebih banyak dari RM900,” kata Setiausahanya, Omar Abdul Rahman.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan gaji minima tersebut sempena sambutan hari pekerja Ahad lalu.
Bagaimanapun, pelaksanaannya akan dibuat dalam tempoh enam bulan dari sekarang.
Jumlah itu masih rendah berbanding RM1, 2000 sebuan diperjuangkan MTUC sejak berdekad lalu.
`Majikan tidak mampu’
“Kalau tungggu tahun depan gaji minima RM900 tidak relevan kerana harga barangan semakin meningkat lagi,” tambah Omar.
Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan masih sedikit dan tidak boleh menampung kos hidup yang tinggi.
Pemilik firma guaman di Kelantan, Che Johan Che Pa berkata, gaji minima RM800 atau RM900 sebulan lebih baik dari yang ada sekarang ini.
“Bila-bila masa semakan gaji minima itu boleh dibuat berdasarkan kemampuan majikan, ekonomi semasa dan tenaga kerja itu sendiri.
“Persoalan kini adalah majikan mampu melaksanakan pembayaran gaji minima itu? Bagaimana syarikat-syarikat kecil mahu membayar pekerja mereka RM900 sebulan?” tanyanya.
Seorang pemilik kedai runcit di Jalan Pahang berkata, beliau kini berdepan masalah untuk membayar RM900 sebulan kepada dua pekerjanya.
Katanya, amalan sekarang ialah membayar RM30 sehari bagi seorang pekerja dan tidak membayar jika mereka bercuti.
“Kini sama ada mereka bekerja atau bercuti, RM900 wajib dibayar. Ini membebankan syarikat perniagaan kecil,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan