HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Mei 2012

Rumah mampu milik warga P.Pinang

KL TODAY

 


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah Berjaya memperuntukkan RM500 juta untuk membina beribu-ribu unit rumah mampu milik yang bermutu untuk golongan tidak berada di negeri tersebut.Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, selepas berusaha selama 4 tahun untuk mengumpulkandana, akhirnya kerajaan negeri berjaya memperuntukkan RM500 juta tersebut hasil daripadapenjualan tanah kerajaan secara tender terbuka dan juga urustadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Katanya, jumlah RM500 juta itu merupakan jumlah yang paling besar diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia untuk membina rumah mampu milik.

Menurutnya, Fasa 1 melibatkan pembinaan 12,000 unit rumah mampu milik di antara harga RM72,500 dan RM220,000 di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan sumbangan Penang Development Corporation (PDC).

“Demi memastikan pembeli daripada golongan tidak berada dapat memiliki rumah mampu milik berkualiti, kerajaan negeri telah pun melantik pembina rumah milik yang paling baik di dunia iaitu, HDB Singapore, untuk menjalankan pembinaan rumah mampu milik terbaik di Malaysia.

“Kerajaan negeri PR memiliki impian mahu rakyat hidup bukan dalam satu kotak tetapi dalam suatu kediaman rum ah yang bersih, hijau, selamat dan sihat untuk membesarkan anak-anak kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008, kerajaan negeri berjiwa rakyat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sebanyak 11,596 unit.

Katanya, pembinaan rumah kos rendah (RM42,000) dan kos sederhana rendah (RM72,500) sekali gus menyangkal fitnah jahat pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pernah meluluskan atau tidak mewajibkan atau tidak membina sendiri rumah mampu milik kepada rakyatnya.

Tiada ulasan: