Lebih
50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat
apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di
sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam.
Syarikat itu difahamkan
sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak
2007.
Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 2
petang.
Serbuan serentak turut dilakukan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura ke atas Genneva Pte Ltd di republik itu.
Dalam
serbuan di sini, pihak berkuasa merampas beratus-ratus kotak berisi
dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer,
kepingan emas dan sejumlah wang tunai.
Siasatan
dijalankan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan
1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram Mengikut laporan
sebelum ini, orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli
perniagaan adalah antara pelabur syarikat berkenaan.
Menurut kenyataan bersama dikeluarkan semua agensi terbabit dalam operasi itu semalam, syarikat berkenaan diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh semua agensi berkenaan.
Sementara itu, sumber berkata, siasatan sedang dibuat sama ada syarikat pelaburan emas yang menggunakan nama sama di Singapura ada kaitan dengan operasi Genneva di Malaysia.
Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan diterima daripada orang ramai berhubung aktiviti syarikat itu.
Sumber itu
memberitahu BH, syarikat berkenaan mula beroperasi sejak 2007 dan
ketika itu didaftarkan sebagai Genneva Sdn Bhd serta pernah didakwa
pada 2009.
“Selepas didakwa, syarikat itu didapati menukar namanya pada tahun lalu untuk meneruskan kegiatan mereka.
“Bank
Negara dan semua agensi yang terbabit dalam serbuan ini (semalam)
sedang menjalankan siasatan mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang
kuasa masing-masing,” katanya.
Sementara
itu, sehingga jam 10 malam tadi, beratus-ratus pelanggan Genneva
Malaysia berkumpul di hadapan pejabat syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan