SIMUNJAN
– Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan
serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan
seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke
dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan
semalam.
Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.
Dalam
kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar
batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam
saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.
Ketua
Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini
Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu
dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan
menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu.
“Ketika kejadian, kebetulan beberapa penduduk kampung melalui kawasan tersebut dan ternampak tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan.
“Ketika kejadian, kebetulan beberapa penduduk kampung melalui kawasan tersebut dan ternampak tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan.
“Akibat
disergah oleh penduduk kampung, lelaki tersebut kemudian melarikan diri
dan berjaya mengelak daripada ditangkap penduduk,” katanya ketika
dihubungi di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan