Yusof Harun
Secara tradisinya, dan atas sebab yang kurang pasti dan jelas, ramai mempercayai malah meyakini SPRM hanya berani mengambil tindakan terhadap golongan ikan bilis yang melakukan perbuatan rasuah dan membiarkan jerung iaitu mereka berprofil tinggi terlepas begitu sahaja.
walimatulurus anak lelakinya, Mohd Ridhwan, dengan pasangannya Nur Azieha. Dalam kes ini majlis itu mendapat tempat dalam buku Malaysia Book of Records kerana kehadiran 130,000 orang pada hari itu.
SPRM
atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kini mempunyai sebab untuk
digeruni oleh sesiapa saja. Kalau pasukan polis mempunyai kuasa
tersendiri, SPRM mempunyai kuasa yang boleh menyabitkan seorang pegawai
polis yang rasuah ke muka pengadilan.Kerana kuasa yang beginilah maka
golongan berprofil tinggi, sama ada menteri, orang politik, pegawai
kanan kerajaan dan sesiapa sahaja akan mendapat perhatian istimewa
sekiranya terdapat maklumat serta prima facie mereka terlibat dalam
memberi atau menerima rasuah.
Secara tradisinya, dan atas sebab yang kurang pasti dan jelas, ramai mempercayai malah meyakini SPRM hanya berani mengambil tindakan terhadap golongan ikan bilis yang melakukan perbuatan rasuah dan membiarkan jerung iaitu mereka berprofil tinggi terlepas begitu sahaja.
Namun
tanggapan tradisional ini mula menjadi lapuk dan tidak lagi boleh
menyimpan air. Kini, bagi orang politik ataupun dalam bahasa Inggeris
disebut, the aspiring polilticians, nama SPRM yang dulunya dipanggil
BPR, singkatan bagi Badan Pencegah Rasuah sangat menggerunkan.
Soal sama
ada mereka bersalah ataupun tidak, ia adalah bidang kuasa mahkamah.
Namun sebaik mereka dicekup oleh SPRM, imej mereka melalui penurunan
yang drastik. Sesetengah daripada tokoh politik ini terpaksa atau
diminta bersara awal kerana parti tidak mampu mempunyai mereka yang
sudah dipalit dengan tuduhan rasuah.
Yang
menang tentulah SPRM, tapi bagi orang yang disiasat dan kemudian
didapati tidak bersalah oleh mahkamah, mereka sudah pun kalah sebaik
SPRM mengumumkan siasatan ke atas individu berkenaan. Jika ada pun
pengecualian mengenai penurunan imej ini, mungkin ia hanya melibatkan
seorang sahaja manusia.
Tentu
ramai masih ingat beberapa kes berprofil tinggi yang menjadi fokus umum
termasuk isu yang membabitkan tokoh berkarisma dari Selangor,
Allahyarham Datuk Harun ldris. Bagi pengikutnya Harun dihadapkan ke
mahkamah kerana kes politik, bukan kerana kes yang didakwa. Konon ada
pihak takut Harun bakal naik lebih tinggi dan menjadi penghuni baru di
Seri Perdana.
Apa pun Harun tetap dilihat sebagai wira bangsa serta satu-satunya tokoh yang meletakkan kepentingan bangsanya jauh di hadapan, sekali gus mengetepikan kepentingan peribadi. Namun sejarah dengan jelas memberitahu kita Harun terpaksa melalui hukuman kerana ‘dosa politik’ tanpa menyentuh kedudukannya sebagai seorang tokoh politik yang cukup dikagumi.
Apa pun Harun tetap dilihat sebagai wira bangsa serta satu-satunya tokoh yang meletakkan kepentingan bangsanya jauh di hadapan, sekali gus mengetepikan kepentingan peribadi. Namun sejarah dengan jelas memberitahu kita Harun terpaksa melalui hukuman kerana ‘dosa politik’ tanpa menyentuh kedudukannya sebagai seorang tokoh politik yang cukup dikagumi.
Mungkin
Allahyarham Tun Hussein Onn mempunyai sebab untuk membiarkan Harun
melalui proses perbicaraan dari proses yang menjadi amalan dalam
politik Umno iaitu diselesaikan secara politik. Seperti yang kita dan
umum ketahui, mantan Perdana Menteri itu seorang yang tegas dan no
nonsense, memilih Harun dihadapkan ke mahkamah. Hanya sejarah saja bakal
menjawab kaedah ini lebih baik dari membawa ke mahkamah atau macam
mana. Ia bukannya satu klise, baik dalam sejarah Umno mahupun dalam
sejarah politik negara ini.
Begitu pun
modus operandi penyiasatan dan pendakwaan terhadap amalan rasuah pada
zaman Harun adalah agak berbeza dibandingkan dengan kini. Dulu, BPR
bergerak secara senyap setelah menerima maklumat daripada peniup wisel
dan meneruskan pendakwaan setelah mendapat lampu hijau daripada Perdana
Menteri apabila orang yang disiasat itu adalah seorang tokoh kerajaan
berprofil tinggi.
Namun hari
ini, peniup wisel atau whistle blowers sudah lagi tidak bersembunyi
atau menyembunyikan identiti mereka. Malah bukan sekadar wisel yang
ditiupkan, tetapi trumpet yang bunyi mampu didengar ke seluruh alam.
Generasi
baru whistle blowers bertrumpet ini sudah tentulah diperkenalkan oleh
pembangkang yang sudah menguasai empat negeri dan wakil rakyat daripada
kalangan mereka lebih ramai berbanding beberapa tahun lalu.
Dari
merekalah kita sering mendengar tuduhan si anu rasuah. Daripada tiupan
trumpet mereka juga SPRM mula menyusun langkah untuk setidak-tidaknya
memanggil mereka yang didakwa oleh pembangkang terlibat dalam amalan
rasuah.
Sebagai
contoh, kes terbaru adalah melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri
Mohd Ali Rustam. Justeru, Ali yang dilihat tidak begitu bercita-cita
tinggi diacah sesetengah pihak memintanya menjelaskan belanja
walimatulurus anak lelakinya, Mohd Ridhwan, dengan pasangannya Nur Azieha. Dalam kes ini majlis itu mendapat tempat dalam buku Malaysia Book of Records kerana kehadiran 130,000 orang pada hari itu.
Bagi Lim Kit Siang, asas siasatan ada kerana mengandaikan perbelanjaan pada hari itu berasaskan kehadiran 130,000 orang.
Beliau
menggunakan logik RM100 sekepala didarab dengan 130,000. Tapi trumpet
Kit Siang bertukar menjadi serunai buluh yang ditiup di atas belakang
kerbau waktu senjakala apabila logik serupa tidak digunakan apabila
memperkatakan isu Talam di Selangor serta beberapa isu yang turut
melibatkan anaknya yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. (Sebagai
nota, SPRM mengambil masa dua bulan untuk mengeluarkan kenyataan sama
ada akan siasat ataupun membiarkan Menteri Besar terjun dengan
labu-labunya.)
Tidaklah
diketahui dengan pasti sekiranya penyiasatan pencegahan rasuah di
Malaysia mempunyai precedent baru. Tapi yang jelas adalah agak malang
bagi pemimpin BN ataupun Umno kerana tiupan trumpet pembangkang kini
semakin berkesan dan dilihat seakan-akan menjurus kepada menjadi
‘sangkakala’ kepada kerjaya politik pemimpin kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan