HALAMAN SANTAI

Jumaat, 12 Oktober 2012

Genneva: Ada tertekan mahu bunuh diri

KL TODAY

 

Cubaan membunuh diri, tidak mampu membiayai kos rawatan dialisis buah pinggang antara sebahagian kisah sedih yang dihadapi 60,000 pelabur syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia).

Masalah itu timbul selepas operasi syarikat tersebut digantung sementara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Oktober lalu kerana Genneva disyaki mengambil deposit secara haram, menggubah wang haram, mengelak cukai, memberi deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

Wakil perunding dan pembeli emas Genneva Malaysia, Al Jaz- zura Khan berkata, pelabur menghadapi masalah itu kerana mereka hilang pendapatan.

“Apa yang kami beli, itu yang akan kami dapat, dan walaupun ada beberapa kali syarikat tersebut terlewat membayar keuntungan, tetapi syarikat itu tetap akan membayarnya,” katanya.

BNM dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan dengannya disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk pengambilan deposit secara haram serta pengubahan wang haram.

Serbuan di beberapa premis Genneva Malaysia serta kediaman pengarah syarikat itu dilakukakan bersama oleh Polis Diraja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Mereka juga telah membuat aduan di Pejabat Biro Aduan Pemuda Umno berhubung serbuan ke atas syarikat itu pada 1 Oktober lepas (gambar).

Pengerusi biro itu Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya menerima hampir 2,000 aduan daripada pelabur syarikat emas terbabit selepas Bank Negara Malaysia (BNM) melakukan serbuan.

“Kesemua pelabur tidak berpuas hati dengan serbuan terhadap syarikat itu dan meminta pihak berkuasa memberi penjelasan,” katanya pada sidang akhbar Rabu.

Tiada ulasan: